BAB 8 - Azzem

8K 264 5
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°


    "OKEY-OKEY! Angah minta maaf. Angah janji tak buat lagi." lagak seperti seorang kanak-kanak Danish merayu minta dilepaskan. Bertambah malu apabila mereka berdua menjadi perhatian disitu. Bukan sahaja ahli RAY's Bikers yang ada disitu, tapi juga pelancong dari dalam dan luar negara.

Mereka tidak sedar Dian yang sudah melangkah meninggalkan mereka berdua.

Daniel melepaskan Danish apabila dia berpuas hati. Sempat lagi ditumbuk perut Danish sebelum mengejar langkah Dian setelah menyedari adiknya sudah berlalu jauh dari mereka berdua.

"Sakitlah... " Marah Danish sambil menggosok perutnya yang senak.

Danish berlari anak mengejar langkah abang kembarnya. Namun baru saja dia mahu menyapa, tubuhnya sudah ditarik rapat dan mulutnya ditekup. Daniel menjuihkan bibir kedepan.

"Dahlah Azzem. Jangan kacau saya." rayu Dian pada Azzem. Tidak selesa bila asyik di ekori lelaki itu.

"Bila masa aku kacau kau. Aku just temankan kau je lah." nafi Azzem selamba sambil menilik muka Dian.

Sepanjang dia menjadi ahli RAY's Bikers sejak dua tahun lalu, Dian selalu saja menarik perhatiannya.

"Jangan sentuh sayalah!" marah Dian. Dijeling Azzem sebelum melangkah namun Azzem memeluknya dari belakang membuatkan Dian terkejut. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Dian bertambah takut apabila menyedari yang mereka sekarang berada di penjuru ladang dan sedikit tersembunyi.

"Kurang ajar!" satu tumbukan dilayangkan dipipi Azzem membuatkan Azzem terjelopok jatuh. Bibirnya pecah dan berdarah. Satu lagi tumbukan dilayangkan pada muka Azzem.

"Perempuan yang kau kacau tu adik aku! Musibat!" jerkah Daniel dengan muka marah. Leher baju Azzem di cekak. Mata tajam merenung. Dada turun naik menahan rasa marah. Mahu saja dia belasah lelaki itu.

"Aku tak peduli!"

"Kau memang nak mampus!" tubuh Azzem dibelasah namun sempat Danish dan Riz Amsyar tahan.

"Sabar long. Bawa mengucap."

Riz Amsyar yang kebetulan lalu di situ terdengar suara tinggi Daniel lalu datang menghampiri mereka.

Mata jatuh pada Dian yang sedang menangis teresak-esak sambil terduduk. Lutut dipeluk erat. Di hampiri wanita itu.

Tersentak Dian bila bahunya di sentuh lembut. Menggelupur dia mahu melepaskan diri. Pada fikirannya, Azzem yang menyentuhnya.

"Hei! Ni aku. Jangan risau, kau tak apa-apa." pujuk Riz Amsyar. Senyum kecil terbit saat mata yang di kaburi air mata itu memandangnya lama.

"Kita selesaikan masalah ni sekarang!" putus Daniel sebelum melangkah pergi dengan Dian dipelukannya. Yang lain hanya menurut.

"Azzem, ikut aku." arah Ali tegas. Azzem hanya menurut. Dia hanya mampu melangkah bila sebahagian ahli kelab motor itu turut mengekorinya dari belakang. Ada yang berbisik dan ada yang menggeleng.

Ketika mereka sudah berada di halaman rumah banglo Syed Amin, telefon pintar milik Ali berbunyi.

"Waalaikumsalam Encik Ray. Ya-ya. Baiklah Encik Ray."

Ali memandang wajah-wajah yang turut memandangnya.

"Encik Ray minta maaf dan rasa kesal sebab perkara ni. Dia minta maaf pada kau Azzem tapi dia tak mampu nak terima kau sebagai ahli RAY's Bikers lagi. Dia malu nak ada ahli macam ni." Wajah Azzem dipandang.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now