BAB 27 - Amaran

6.4K 230 2
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°




     "AKU tunggu bawah." Riz Amsyar kerling Dian sekilas.

     "Okey. " Dian memandang belakang suaminya sebelum hilang di dalam lif. Dia kemudiannya mengemas mejanya yang agak berselerak.

     Riz Amsyar yang sedang menuju ke keretanya segera berpaling ke belakang apabila bahunya di tepuk. Belum sempat membuka mulut, perutnya terasa senak. Terbatuk-batuk dia menahan sakit yang mula menjalar. Sudahlah perutnya itu baru di belasah beberapa hari yang lalu. Sakit pun belum hilang lagi.

     "Jaga isteri kau!" Amaran keras lelaki itu berikan sambil mencekak kolar baju Riz Amsyar. Wajah lelaki itu terlindung dengan mask. Sukar untuk Riz Amsyar kenal pasti siapa.

     "Kalau kau tak nak menyesal!" tambahnya lagi seraya menolak kasar Riz Amsyar hingga jatuh terlentang.

     "Ingat tu!" ujarnya sekali lagi menendang perut Riz Amsyar sebelum hilang disebalik bangunan. Riz Amsyar memandang bayang lelaki itu hingga hilang. Perlahan-lahan dia bangun dengan otak ligat berfikir tentang amaran lelaki itu.

     "Eh! Kenapa ni?" soal Dian risau bila melihat Riz Amsyar duduk mencangkung di tempat parking itu.

     "Kunci kereta jatuh."

     "Dah jumpa?" Riz Amsyar mengangguk sambil bangun.

     "Jom!" ujarnya menolak lembut isterinya agar berjalan di depan. Lelaki tadi tersenyum sinis di sebalik dinding sambil memerhati pasangan suami isteri itu.

     "Awak, boleh tanya tak?" soal Dian sambil memandang Riz Amsyar yang sedang memandu. Riz Amsyar sekadar mengangguk sambil meraup rambutnya kebelakang menggunakan tangan kirinya.

     "Awak serius ke nak berhentikan  Meerah dan Dayang?" Riz Amsyar menoleh sekilas Dian di sebelahnya.

     "Hm.." Dian pandang suaminya inginkan jawapan yang lebih jelas.

     "Ya." ujar Riz Amsyar bengang. Pekak ke bini aku ni.

     "Tak boleh maafkan?" soal Dian tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan dari wajah suaminya. Bibir di gigit geram tatkala matanya terpaku melihat lelaki itu. Wajah kacak itu buatkan jantungnya berubah rentak.

     "Lupa atau tak baca peraturan syarikat nombor tiga?" perli Riz Amsyar sambil memandang Dian. Suara garau lelaki itu menyentak Dian. Hilang sekelip mata apa yang akalnya fikirkan tadi.

     "Eh! Tengok depanlah!" marah Dian bila Riz Amsyar tidak menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.

     "Aku kena tegas. Lagipun ni bukan kali pertama dia buat masalah. Aku dah bagi peluang dah tapi dia dan Dayang tak ambil peduli. Kita ni kenalah sentiasa tegas kalau tak macam mana nak maju kalau kita tak ambil peduli masalah macam ni. So, tell me what should i do?" Dian diam mencerna maksud suaminya.

     "Tak nak turun?" Dian terkejut bila disergah. Dia tidak perasan yang mereka dah sampai di rumah kerana leka termenung.

     "Nak turunlah ni," balasnya cuba menutup malu. Riz Amsyar menggeleng. Ingat dia tak tahulah tu.

     "Assalamualaikum abah, umi..." Dian kaku memandang tetamu yang berada di depannya.

     "Waalaikumsalam," sahut mereka berempat yang ketika itu sedang duduk bersembang di halaman rumah agam Tan Sri Dzulkifly.

Berikan Aku Bahagia[H]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora