BAB 24 - Kickboxing

7.5K 224 4
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



"BANGUN pun," kata Tan Sri Dzulkifly di meja makan ketika bersarapan paginya. Daniel mengangguk kecil. Dialah yang terakhir turun.

"Bah, along nak tanya, boleh?"

"Apa dia?" soal Tan Sri Dzulkifly pada anak sulungnya. Surat khabar di lipat lalu di tolak ke tepi. Fokus di berikan sepenuhnya pada Daniel.

"Apa tindakan abah buat bila klien abah buat abah pening?

"Macam teruk benar masalah kamu ni. Apa klien kamu tu buat sampai kamu pening ni? Cuba bagi tahu abah."

"Eh! Kamu tak kerja ke?"

"Cuti bah."

"Banyak betul cuti kamu ni," perli Tan Sri Dzulkifly. Daniel kekal dengan muka bekunya. Puan Sri Umairah dah menggeleng. Dia masih ingat sewaktu Daniel dan Danish mendapat keputusan cemerlang SPM. Semua ahli keluarganya gembira namun Daniel pula sebaliknya. Beriak dengan wajah beku.

"Tanya apa tadi?" Daniel dah pandang abahnya semacam.

"Hahaha... Abah gurau sajalah." Tan Sri Dzulkifly berdehem.

"Kalau abah, abah tegas." Kopi dihirup selepas bersuara. Daniel angkat kening sebelah.

"Abah tegas dalam semua tindakan abah. Ingatkan prinsip syarikat?" soalnya. Daniel mengangguk.

"Bagitahu abah, klien along tu buat apa?" Puan Sri Umairah, Dian, Riz Amsyar, Danish dan Zamrul hanya memasang telinga.

"Klien tu keras kepala. Nak ikut cakap dia je. Kalau ikut cakap dia, habis along ni siapa? Ingat syarikat tu boleh penuhkan semua permintaan dia ke?" Nada geram terselit disitu. Tan Sri Dzulkifly dan Puan Sri Umairah tergelak dengan muka bengang Daniel. Jarang-jarang dapat melihat wajah beku itu berkerut.

"Hm... Kalau abah tu senang je. Nak kerjasama dengan abah kenalah ikut peraturan abah. Sekali sekala kita ni kenalah tegas. Bijak nak tangani klien macam tu. Faham tak?" Daniel mengangguk.

"Aik Long, takkan tu pun tak mampu nak selesaikan?" perli Danish. Kening Daniel berkerut. Tegang wajahnya merenung Danish.

"Kau tak ada dekat tempat aku memang senanglah nak cakap." Meja makan yang sunyi bertambah tambah sunyi. Hanya mata saja yang bergerak mengiringi langkah Daniel yang dah berlalu.

"Hah! Orang sensitif dah marah dah." Jari telunjuk digerakkan ke depan dan ke belakang.

"Tak tahu, tak tahu," tambah Dian. Danish memandang umi memohon simpati. Puan Sri Umairah sekadar mengangkat bahu tidak mahu campur tangan. Danish perlahan-lahan menapak keluar menuju ke gazebo dan menghampiri Daniel yang sedang baring mengiring.

"Long, kau marah ke?" soalnya sambil memegang bahu Daniel. Mereka disebalik dinding sliding door mengintip kembar tersebut.

"Long?"

"Berambuslah kau!" Masih statik mengiring.

"Looong..." Daniel yang sedang baring dipeluk dari belakang. Tangan merayap mengusap tubuh Daniel.

"Kau apa hal?" jerkah Daniel sambil mengibas-ngibas bajunya tanda geli. Mereka disebalik sliding door mengekek ketawa.

"Alah... Janganlah marahkan adik mu yang kacak mirip sekali rupa mu yang handsome." Danish dah melalut.

"Ampunkan adik mu abang." Tapak tangan ditemukan sambil diangkat separas muka. Siap menunduk sedikit lagi. Daniel yang tidak tahan melihat muka Danish yang sengaja dicomelkan lantas menolak Danish jatuh ke rumput menggunakan kakinya. Terlentang Danish di atas rumput. Dian dan Zamrul dah terbahak-bahak ketawa sambil mengalir air mata.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now