BAB 26 - Abang Aku

6.8K 227 4
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°









     SELESAI mesyuarat dengan klien dari Jepun, Riz Amsyar berehat di biliknya tanpa makan tengah hari usai solat Zohor. Dian melangkah masuk setelah di beri kebenaran.

     "Encik Amsyar tak makan?" Suaminya di pandang. Tali leher entah terbang ke mana.

     "Tak apalah. Abang tak lapar. Sayang dah makan?" Dian mengangguk faham.

     "Dengan siapa?"

     "Mya dengan Siti." Riz Amsyar yang menyandar di sofa dipandang.

     "Penat?" Riz Amsyar sekadar mengangguk kecil sambil mengurut pangkal hidungnya. Dian yang masih berdiri di tepi sofa dia pandang.

     "Tak penat ke asyik berdiri?" Soalnya pula sambil meletakkan tangannya dibelakang kepala.

     "Awak tak cakap suruh duduk. Saya berdirilah." Riz Amsyar berdecit bila di perli. Panas hatinya melihat Dian menjulingkan mata ke atas.

Cium kang!

     "Hm. Duduklah. Kejap lagi kejutkan aku. Aku nak rehat." Tubuh di baring terlentang di atas sofa. Lengan naik menutup mata.

     "Okey," balas Dian sepatah. Matanya di kalihkan pada ruang bilik. Perabot bilik yang tersusun kemas. Warna hitam putih menjadi pilihan suaminya. Matanya teralih pula pada meja kerja Riz Amsyar yang berselerak.

      Pantangnya apabila melihat meja yang berselerak. Kakinya pantas saja melangkah ke meja suaminya dan mengemas timbunan fail-fail yang berselerak di atas meja.

     Sesekali mata Dian melirik pada suaminya bila Riz Amsyar batuk kecil. Selesai mengemas, Dian melirik pada jam di tangan. Lagi lima belas minit sebelum jam dua.

     Riz Amsyar dihampiri lalu di kejutkan. Terpisat-pisat lelaki itu bangun dan duduk menyandar di sofa.

     "Daniel dah sampai?" soalnya selepas berdehem beberapa kali membetulkan anak tekak.

     "Sekejap lagilah tu." Tengkuk di usap. Rasa mengantuk masih terasa.

     "Dah bangun, pergi cuci muka." Dian perhati tingkah Riz Amsyar dalam diam.

     "Malaslah," rungut Riz Amsyar.

     "Bangunlah cepat. Kejap lagi along sampai." Dian geram dengan perangai annoying mamat muka bekunya itu.

     "Tarik aku," pinta Riz Amsyar sambil menghulur kedua tangan pada Dian.

     "Macam budak-budaklah awak ni," bebel Dian sambil menarik Riz Amsyar bangun. Di kesempatan itu, Riz Amsyar pantas mencium bibir merah Dian sebelum berlalu ke bilik air.

     "Awak!" jerit Dian kegeraman dengan suara yang tertahan. Takut rakan kerjanya fikir yang bukan-bukan. Nasib baiklah mereka faham perangai bos mereka yang suka membuli PAnya. Masa pertama kali dia mengemas bilik pejabat Riz Amsyar, risau juga dia bila berlama dalam bilik tersebut takut menimbulkan fitnah dikalangan rakan sekerjanya namun bila dia keluar dari bilik pejabat Riz Amsyar, rakan sekerjanya siap mentertawakan dirinya lagi kerana dibuli bos mereka.

     Rupanya rakan sekerjanya dah pernah rasa dibuli sebelum ni. Patutlah mereka siap gelakkan dia lagi.

     Dasar seketul-seketul punya rakan sekerja!

Berikan Aku Bahagia[H]Onde histórias criam vida. Descubra agora