BAB 36 - Corner

6.4K 205 3
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°











          JOE diam memandang yang lain yang pada ketika itu sudah bersedia dengan motor masing-masing yang santai dengan pakaian kasualnya.

   "Kau tak tunggang motor kau ke Am? " soal Joe sambil memandang Riz Amsyar yang sudah naik ke atas motor milik Dian.

     "Tunggang." Sepatah Riz Amsyar membalas sebelum menghidupkan enjin motor isterinya.

     Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun ini sebelum masuk ke tahun baru esok harinya. Dia, isterinya, Mya, Siti, Joe, Zack, Alex dan isterinya serta si kembar Zukran menghabiskan hari terakhir dengan berkonvoi sesama mereka di serata tempat seperti yang di rancang oleh mereka.

     Di kesempatan itu juga, Riz Amsyar ingin mencuba motornya yang baru siap dan sudah bersedia dibengkel untuk ditunggang.

     "Peluk aku," arahnya sebelum memasukkan gear motor. Sejurus saja Dian memeluknya, motor tersebut meluncur laju meninggalkan halaman rumah Tan Sri Dzulkifly diikuti yang lain.

     Tersenyum dia bila terasa pelukan isterinya makin erat bila kelajuan motor itu meningkat.

     Sampai dibengkel, mamat bengkel tersengih serba salah sambil menghampiri Riz Amsyar. Kepala yang tidak gatal digaru.

     "Err... bang,"

     "Hm?"

     "Tak dapat ambillah sekarang bang. Tayar motor abang tu lupa budak-budak saya nak tukar padahal dalam bil bayaran abang dah bayar sekali. Minta maaf ye bang. Lagipun saya baru juga buka bengkel ni. Dah berapa hari tutup," ujar mamat bengkel tersebut serba salah.

      "Okey. Minggu depan aku datang ambil," putus Riz Amsyar sambil memandang kosong motornya. Malas nak menunggu budak-budak itu menukar tayar.

     Mamat bengkel mengangguk. Matanya memerhati lapan biji motor berkuasa besar tersebut hilang dari pandangan. Seketika kemudian dia memusingkan tubuh ke belakang menghadap pekerja-pekerjanya dengan muka bengis.

     "Berapa kali aku nak ingatkan hah?! Kalau takut tak ingat sekali pun tulislah dekat kertas! Nasib baik pelanggan tadi tu tak banyak bunyi. Kalau dia komplin bengkel kita ni macam mana hah?!Kau orang juga yang susah nak cari kerja nanti. Termasuk aku." Suaranya yang seperti petir tadi mengendur di hujung kata.

     "Ingat sikit, kita ni bekas banduan. Susah kita nak cari kerja kalau kau orang tak ikhlas nak bekerja. Kau orang nak ke kita merempat? Ada ke orang nak bela kita?" soalnya memandang satu persatu anak buahnya yang seramai sepuluh orang itu. Dia nak mengajar pekerjanya supaya peka dalam nak siapkan kerja. Bukan dia tak kenal lelaki tadi.

     Riz Amsyar.

     Sebaris nama yang menginsafkan dia dari membuat kerja gila.

     Lelaki itu bukan calang-calang orangnya. Riz Amsyar seakan-akan ejen FBI yang tahu serba serbi kegiatan haram yang berlaku di Malaysia dan kerana Riz Amsyar jugalah dia bergelar bekas banduan.

     Mamat bengkel teringat kembali saat dia di tangkap oleh seorang pegawai polis yang bernama Yusrey yang turut menjadi rakannya sekarang. Tika itu, dia ingin membeli dadah namun duitnya habis dan badannya dah mula menggigil. Tiada jalan lain selain merompak dan ketika itu jugalah dia terserempak dengan Riz Amsyar yang sedang menunduk mengikat tali kasut dijalan yang agak sunyi.

     Kesempatan itu digunakannya sebaik mungkin dengan memukul belakang Riz Amsyar dengan sebatang kayu yang dijumpainya di tepi lorong. Bila Riz Amsyar terbaring selepas dipukulnya, dia pantas merampas dompet dan berlari meninggalkan lelaki itu di situ. Tapi dia tertangkap jua bila Riz Amsyar serta Ins. Yusrey mengejarnya hinggalah dia dilanggar sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now