BAB 22 - Bebel

7.3K 236 2
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°












     "DIAN, masuk bilik aku sekarang." Suara Riz Amsyar kedengaran di interkom memanggil Dian. Dian tersentak bila tengah sibuk betulkan fail tiba-tiba suara beku itu kedengaran. Mana tak terkejutnya.

     "Baik Encik Amsyar." Tangan mencapai ipad di atas meja sebelum berlalu.

     Pintu biliknya diketuk selepas seketika.

     "Masuk." Pen di letak. Kepala mendongak memandang kelibat Dian. Tunak matanya merenung wanita itu.

     "Jadual aku hari ni?" Dian diam. Jari bergerak di atas skrin.

     "Encik Amsyar pagi ni tak ada apa-apa appointment. Tapi petang ni, encik kena melawat tapak projek di area Selangor dan Melaka," jelas Dian.

     "Nak ikut?" tanya Riz Amsyar. Dian angkat kening.

     "Naik motor." Pancing Riz Amsyar. Mujurlah dia menunggang motor hari ni. Jadi cepat sikit nak sampai dekat Melaka.

     "Okey." Bibir tersengih teruja.

     "Buatkan aku kopi," pinta Riz Amsyar.

     "Tunggu kejap." Riz Amsyar tergelak bila mendengar nada teruja isterinya. Gembira bukan main bila isu motor dibangkitkan.
 
 
 

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°


 
 
      "WEY Dian! Kau tahu tak hari ni ada gosip tergempar dan meletup." Aamir si raja gosip dah muncul dengan gosip barunya. Tangan turut bercerita. Asyraff di tepi meja Dian panggung kepala.

     "Habis tu apa jadi dekat gosip tu? Berkecai tak?" soal Dian berloyar buruk. Aamir renung tajam Dian.

     "Kau jangan nak loyar buruk boleh tak?" Dian di depannya direnung bagai nak rak. Aku cekik minah ni kang hah!

     "Tak payahlah marah. Bagi tahulah gosip apa tu sampai meletup lepas tergempar." Pasrah dirinya. Nanti bila tak dengar, satu hal pula nak pujuk. Budak Aamir ni bukan boleh percaya sangat. Sikit-sikit nak merajuk.

     "Tahu tak-"

     "Tak tahu," potong Dian dan Asyraff pantas. Riz Amsyar di dalam bilik hanya memerhati gelagat mereka melalui cctv yang dipasang di depan pintu ofisnya.

     "Sebelum kasut aku ni masuk dalam mulut kau orang, baik diam!" Marah Aamir. Benci. Bila orang nak cerita ada saja yang kacau daun. Potong stim.

     "Waduh!! Abang Aamir marahlah. Nak buat apa ni?" Dian dah mengekek ketawa melihat kelakuan Asyraff yang sengaja melembutkan suaranya. Tangan pula turut di goyangkan. Aamir pantas mencapai pen Dian lalu melemparnya pada Asyraff yang terkekeh-kekeh ketawa.

     "Okey, okey. Cakaplah cepat. Apa gosip tu," pinta Asyraff mengalah.

     "Tahu tak pagi ni bos masuk kerja?"

     "Tahu!"

     "Tahu tak pagi ni bos kerja naik apa?"

     "Tahu!"

     "Tahu tak pagi ni bos-"

     "Berdiri di belakang kau." Soalannya disambung satu suara yang dingin dibelakangnya.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now