BAB 18 - Hospital

8.6K 247 2
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°





    "APALAGI masalah kamu kali ni Riz Amsyar?" soal Datuk Syed Ali di ruang tamu. Tapi mata merenung buku lima Riz Amsyar yang memerah dan ada sedikit kesan luka. Mata naik merenung Riz Amsyar.

     Riz Amsyar diam. Tiada niat mahu membalas kata-kata ayahnya. Memang itu sikapnya ketika berhadapan keluarganya. Lebih banyak mendiamkan diri.

     "Pekak agaknya kau ni?" jerkah Syed Azryl yang turut berada di situ. Dian tersentak. Bahunya terhenjut kecil. Tangan pantas menggapai lengan suaminya lalu di peluk erat.

     Riz Amsyar diam. Tangan isterinya dileraikan sebelum ditolak lembut ke arah tangga. Isyarat melalui mata diberi. Dian akur lalu mendaki tangga diikuti Riz Amsyar dari belakang.

     Belum sempat Riz Amsyar mencecah separuh anak tangga, bahunya ditarik kasar dan menyebabkan dia hilang imbangan. Tubuhnya melayang jatuh sebelum tergolek. Suara cemas isterinya ialah perkara terakhir yang didengarinya sebelum pandangannya gelap.
   
    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

   
   
    
     TAN Sri Dzulkifly dan yang lain sabar menanti keputusan doktor yang merawat Riz Amsyar. Hampir sejam mereka menunggu di depan bilik kecemasan namun seorangpun doktor belum keluar. Beberapa minit kemudian, kelibat doktor muncul. Pantas mereka bangkit dari doktor.

     "Zul, macam mana dengan Amsyar?" soal Tan Sri Dzulkifly tak sabar. Tak senang hatinya selagi berita tentang menantunya dia tak tahu.

     "Buat masa sekarang yang boleh Zul katakan Amsyar mengalami patah dua tulang rusuk kanan. Bahu sebelah kanan terkehel. Luka di dahi akibat hentakan. Lepas ni pihak hospital akan membuat imbasan MRI untuk mengetahui sama ada berlaku pendarahan dalam kepala pada tempat hentakan atau tak. Nanti bila keputusan dah keluar, Zul akan jelaskan lebih lanjut." Tan Sri Dzulkifly mengangguk faham. Dalam hati sudah berdoa buat menantunya. Semoga tak ada benda buruk berlaku.

     "Bila dia sedar Rul? " soalnya risau.

     "Dalam beberapa jam lagi dia sedarlah. Abah jangan risau. Menantu abah tu kuat," pujuk doktor Zamrul cuba menenteramkan hati keluarganya seperti yang dia lakukan pada pesakitnya yang lain. Tan Sri Dzulkifly senyum nipis.

     "Saya keluar dulu," pamit doktor Zamrul saat jururawat menolak keluar katil Riz Amsyar dari bilik kecemasan. Dian kemam bibir. Menahan esakan. Melihat dahi bertampal suaminya dah cukup buatkan dia luluh hati. Apa lagi bila di ingat kejadian malang tadi.

     "Adik, kami balik dulu ya. Adik jangan risau nanti Amsyar sedar juga tu." Dian angguk kecil.

     "Hati-hati angah bawa kereta tu," pesannya sebelum Tan Sri Dzulkifly, Puan Sri Umairah dan Danish melangkah pergi dari lorong sunyi itu.

     "Puan, jom ikut saya. Suami puan dah di pindahkan ke wad biasa. imbasan dah selesai. Tinggal tunggu keputusan saja." Seorang jururawat muncul. Air mata di kesat sebelum bangkit. Langkah staff nurse itu diekori menuju ke wad persendirian. Perlahan dia melangkah masuk. Berdiri di tepi dinding. Jururawat yang sedang melakukan kerjanya dia pandang kejap.

     "Duduklah puan." Senyum kecil di pamer. Usai jururawat itu selesai dengan tugasnya, dia berlalu pergi meninggalkan pasangan suami isteri itu.

     Dian memandang Riz Amsyar kejap sebelum deringan telefonnya berbunyi menerima panggilan. Punat warna hijau ditolak sebelum telefonnya dilekap pada telinga.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now