Bab 2 - Hari Pertama

12.3K 370 2
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°






       Hari ini bermulalah kehidupan Dian Arryssa sebagai seorang pekerja. Dia di terima bekerja sebagai seorang Personal Assistant.

Dia yang sudah terbiasa hidup berdikari menolak keras saranan Tan Sri Dzulkifly yang mahu dia bekerja di syarikat keluarga milik Tan Sri Dzulkifly. Abang sulungnya turut menyarankan hal yang sama memandangkan abangnya yang menjawat jawatan CEO di syarikat Zukran Holdings.

Namun siapa tidak kenal anak bongsu Tan Sri Dzulkifly yang degil tahap gaban itu. Baginya no means no.

Debaran di dada cuba di hapuskan dengan menarik nafas.

Dian memandang tinggi bangunan syarikat yang setinggi dua puluh tingkat di depannya dengan rasa kagum. Kagum pada CEO syarikat tersebut kerana mampu mendirikan syarikat dengan usaha sendiri tanpa bantuan orang lain.

"RA Holdings."

Bisik hatinya sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan.

"Assalamualaikum, boleh saya tanya?" soal Dian pada penyambut tetamu yang berada di lobi bangunan tersebut.

"Waalaikumussalam, boleh silakan."

jawab wanita yang bertugas sebagai penyambut tetamu. Dian sempat mengerling pada tag nama perempuan di depannya itu sebelum bersuara.

"Boleh saya tahu dimana terletaknya pejabat Encik Riz Amsyar?"

Mira memandang Dian dengan senyuman sebelum bersuara.

"Cik Dian Arryssa, kan?" soalnya kembali.

Dian hanya mengangguk walaupun di fikirannya penuh dengan soalan.

"Okey. By the way, Encik Amsyar dah tunggu Cik Dian. Cik boleh naik dekat tingkat dua puluh then Cik Dian akan jumpa dengan Encik Ali. Dia akan terangkan tugas-tugas dan bawa Cik Dian meronda-ronda syarikat ni dahulu sebelum berjumpa dengan Encik Amsyar. Encik Ali dah tunggu Cik Dian dekat depan lif so Cik Dian tak payah risau." dengan senyuman yang tak lekang dari bibir penyambut tetamu itu jelaskan.

"Cik boleh ikut arah ni, lif dekat sebelah situ." Tambah Mira lagi dengan senyumannya. Arah lif di tunjuk dengan sopan. Suka dia melihat pembantu peribadi baru bos itu yang lawa. Sejuk saja matanya nak pandang. Lainlah macam bos. muka ketat dua puluh empat jam.

"Terima kasih dan selamat berkenalan," ucap Dian sebelum berlalu dengan senyuman.

"Selamat berkenalan," balas Mira menundukkan sedikit badannya.




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



      DIAN menggumam seorang diri dalam lif. Lama menunggu lif sampai ke atas. Lif yang di hias mewah serupa lif yang ada di hotel. Ke dia salah masuk lif ni?

"Fuh! Tinggi gila pejabat Encik Amsyar ni. Nasib guna lif kalau tak..." dia menggeleng seorang diri, tidak boleh bayangkan jika dia menggunakan tangga.

Keluar saja dari lif, dia sudah di sapa oleh Encik Ali yang sedang menyandar di dinding. Pejabat aras paling tinggi itu lekang dengan manusia. Hanya terdapat beberapa orang pekerja di situ yang kusyuk menunduk menelaah dan menyiapkan kerja mereka.

"Cik Dian?" soal Ali meminta kepastian. Dian mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Okey. Minta perhatian semua!" Ali bersuara agak tinggi dan lagaknya menepuk tangan beberapa kali berjaya menarik perhatian staf di situ. Terus semua memandang mereka berdua. Ali menggamit Dian supaya berdiri di hadapan sedikit sebelum bersuara.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now