BAB 20 - Kejutan

8.3K 239 1
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°












      KELIBAT Dian di hampiri. Dari jauh sibuk sungguh wanita itu dengan fail di tangan. Mulut pula pot pet pot pet. Entah apa yang di bebelnya. Mungkin ada projek baru.

     "Dian, kau tahu tak bos cuti?" Soalan di lontar.

     Dian mengangguk. Takkanlah dia sebagai personal assistant suaminya, dia tak tahu yang suaminya cuti.

     Pelik mereka satu ofis bila mengetahui bos mereka cuti selama seminggu. Selama ini bos mereka jarang dan tak pernah cuti lebih dari dua hari.

     "Alah... Apa yang nak di pelik kan. Bos pemilik syarikat. So biarlah dia cuti ke apa ke." Asyraff menggeleng kecil. Lagipun bos tak pernah nak cuti. Kadang demam-demam pun sibuk nak masuk kerja. Yang lain sekadar mengangguk setuju.

     Dian hanya menjadi pemerhati. Menggeleng kepalanya melihat perangai rakan sekerjanya yang bersembang bila ketiadaan Riz Amsyar. Namun dalam hati dia bangga, bangga kerana walaupun mereka begitu kerja mereka sentiasa tip top! Tepat dalam menyiapkan kerjanya. Mereka seperti mengejar deadline.

     Setelah habis waktu kerja, dia mengemas barang dan meja kerja sebelum bergegas balik ke rumah.

     "Tidur lagi?" gumamnya bila melihat Riz Amsyar masih terbongkang di atas katil. Kepala digeleng. Ketika sampai tadi dia terus naik ke bilik memandangkan Tan Sri Dzulkifly dan Puan Sri Umairah tak ada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat Tan Sri Dzulkifly. Danish pula bekerja manakala Daniel pula outstation dan malam ni baru nak balik.

     Sunyi sepi rumah ketika Dian melangkah masuk ke dalam rumah tadi.

     "Dah sampai?" Suara serak Riz Amsyar menyapa. Dian pantas mengurut dadanya akibat terkejut.

     "Kalau saya belum sampai, tak adalah saya berdiri depan awak sekarang ni," perlinya. Riz Amsyar sekadar memandangnya beku.

     "Dah mandi belum?" soal Dian. Riz Amsyar menggeleng.

     "Mmm... Patutlah bau busuk sampai dekat luar tercium," usiknya. Tudung di letak ke atas meja solek sebelum dia menoleh bila lelaki itu bersuara.

     "Kau cakap apa tadi?" tanya Riz Amsyar. Walhal sudah didengarnya kata isterinya tadi. Kalut Dian melangkah ke belakang bila Riz Amsyar mara menghampirinya.

     "Cakap apa tadi?" Tangan dilekapkan ditepi kepala isterinya sekaligus memerangkap Dian dipintu.

     "T-tak ada." Suara gagap yang menjawab itu buatkan Riz Amsyar makin galak menyakat.

     Dian telan liur kesat. Sudahlah Riz Amsyar tidak berbaju. Hanya dengan memakai kain pelikat ditambah dengan rambut perangnya yang kusut buatkan hati Dian berdebar kuat.

     Aww!! 

     Seksi gitu!!

     "A-awak bu-buat apa ni?" soalnya bila Riz Amsyar mendekatkan wajah mereka berdua sehingga tiada ruang. Otaknya kosong dengan pandangan mata terkaku merenung wajah Riz Amsyar yang terlalu dekat dengan wajahnya hinggakan nafas lelaki itu terasa menampar lembut pipinya.

     Segala saraf otaknya tidak mampu menghantar dan menerima tindak balas hinggakan suaminya mencium bibirnya pun dia tidak sedari.

     "Yes. I kiss your lips just right now." Riz Amsyar bersuara tanpa di pinta. Mungkin dapat menebak ada yang di fikirkannya.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now