BAB 30 - Bercuti l

6.1K 192 1
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°











          SELEPAS bersarapan, mereka mengambil keputusan untuk bersiar sekitar situ kerana masih belum puas untuk mencuci mata dengan keindahan tempat itu.

     "Balik bilik jom. Penatlah," adu Siti setelah puas berjalan-jalan. Kakinya lenguh bila berjalan lama sangat. Jam di tangan dikerling.

     "Lamanya kita jalan. Hampir tiga jam. Jomlah balik. Nanti ada yang cari." Mya pula bersuara. Sempat dikerling Dian. Siti tersengih bila Dian mencebik.

     Sampai di depan bilik, Riz Amsyar sudah menunggu sambil duduk santai di kerusi malas.

     "Puas dah?" terjahnya. Siti yang mahu membuka pintu terhenti. Dikerling bos muka ketat sebelum menarik Mya sekali masuk ke dalam bilik. Dian ditinggalkan di situ.

     "Ya.." balas Dian lambat-lambat. Dipandang suaminya yang sedang merenung jauh ke depan. Mulutnya terkatup rapat. Tak tahu nak cakap apa.

     "Pergi masuk. Busuk!" ujar Riz Amsyar setelah beberapa minit dia berdiam diri. Isterinya dikerling. Dian mencebik geram. Wangi macam ni dia kata busuk?

     "Menyampah!" gerutunya geram sebelum menutup pintu dengan kasar. Riz Amsyar tersenyum kecil. Earphone di pakai sebelum muzik di hidupkan. Puas merenung air laut yang membiru, mata di pejam. Seketika kemudian dia terlelap di situ.
   
   
   

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



   
   
     PETANGNYA mereka berkumpul di tepi pantai didepan bilik sewa untuk aktiviti pertama mereka iaitu perlawanan bola tampar. Beberapa kumpulan dibahagikan. Beberapa orang staf perempuan turut serta dalam perlawanan itu. Sebahagiannya pula hanya menjadi penonton termasuk Dian, Mya dan Siti.

     Mereka berkumpul sementara menunggu bos muka ketat yang ada beberapa urusan di lobi utama tempat penginapan mereka. Selepas beberapa minit, Riz Amsyar datang dengan muka ketat. Semua staf mendiamkan diri.

     Dian memandang suaminya dengan lama. Dikerling lobi hotel sebelum memandang suaminya semula. Entah apa lagi yang berlaku hingga suaminya bermuka ketat sampai macam tu sekali.

     "Ali," panggil Riz Amsyar. Isyarat mata diberikan. Ali mengangguk seraya memanggil ke semua staf.
    
    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°


    
    
    
     BUKU limanya yang memerah dikerling. Gigi diketap rapat bila teringat kembali kejadian di lobi sebentar tadi. Nasib baiklah ada pengawal yang menghalangnya. Kalau tidak dah lama lelaki tadi bermandi darah dia kerjakan.

     Mulut Ali yang tidak berhenti bersuara menjelaskan beberapa peraturan dalam permainan berjaya menyedarkannya. Riz Amsyar mengerling anggota kumpulannya. Boleh tahan. Semuanya tinggi, sesuai untuk permainan tersebut. Cermin mata dibetulkan.

     Mereka bersedia di gelanggang yang dibuat. Ali sebagai pengadil sudah sedia di tempat duduknya. Wisel ditiup menandakan perlawanan bermula. Bola dipukul menuju pihak lawan oleh Asyraff yang berkumpulan dengan bos muka ketat.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now