BAB 16 - Alergik

8.4K 255 2
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°












      "SAYANG, sayang bangun solat subuh." Dian yang masih dalam mood mengantuk hanya mengangguk dengan mata terpejam.

     "Bangunlah nanti terlepas subuh." Kejut Riz Amsyar lagi sambil memandang Dian yang masih berselimut. Perasaan geram hadir melihat kedegilan isterinya.

     "Dian Arryssa, bangun solat subuh." Suaranya masih cuba dilembutkan. Nanti terkeluar suara dia yang persis sama masa nak kejutkan Alex dan sahabatnya yang lain dulu masa dekat universiti, ada pula yang demam tiga hari tiga malam dekat sini ni.

     "Five minute's." Riz Amsyar menurut. Jam dan Dian dipandang silih berganti. Cukup lima minit, lantas dia bergerak. Dian di tarik lalu diletakkan di bahunya. Dian yang masih mengantuk tersedar. Segar bugar matanya.

Riz Amsyar melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Tuala sempat dicapai walaupun Dian meronta-ronta minta diturunkan.

     "Nak turun nak turun. Turunkan saya!" teriaknya. Kaki di hayun kasar.

     "Diam. Kalau tak aku cium." Ugut Riz Amsyar. Sampai di bilik mandi, Dian diturunkan.

     "Mandi cepat. Dah lambat ni," arah Riz Amsyar bila melihat Dian masih statik berdiri ditempatnya. Jelas kelihatan riak wajah tidak puas hati Dian.

     "Keluarlah! Macam mana nak mandi kalau awak masih dekat sini." Dian mendengus geram. Hilang kantuknya gara-gara Riz Amsyar.

     "Kaulah punya pasal ni. Kita dah lambat nak sembahyang subuh. Tepi, aku pun nak mandi sama." Pili air dihidupkan. Dengan selamba dia melorotkan kain pelikat yang melilit pinggangnya. Yang tinggal hanya seluar dalam.  Cepat-cepat Dian mengalihkan wajahnya membelakangi Riz Amsyar. Mukanya merah membahang kerana malu melihat kelakuan suaminya itu.

     "Tak reti nak malu langsung ke apa?" marah Dian. Kening berkerut.

     "Suka hati akulah." Dian ditarik dekat pada tubuhnya. Tambahlah Dian geram pada suaminya bila lelaki itu selamba memeluknya dari belakang. Ingat ni filem India ke apa. Peluk-peluk bawah pancuran air!!
    
   
    
   

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



   
     "KAMU ni kenapa Dian? Suami kamu tu ada depan kamu. Yang kamu pandang sana sini tu dah kenapa?" soal Puan Sri Umairah ketika mereka bersarapan. Pelik melihat anak bongsunya. Mata meliar entah apa yang di pandang.

     "Err.. tak ada apa, umi." nafi Dian sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

     "Sedapnya umi masak nasi goreng ni. Umi campur apa?" soal Dian. Dia mengerling sekilas Riz Amsyar yang kusyuk menikmati nasi gorengnya. Lapar nampak abang CEO!!

     "Tu bukan sedap tapi lapar." Tan Sri Dzulkifly ketawa terbahak-bahak mendengar ayat perli isterinya.

     "Ish! Umi ni orang tanya lain, lain pula jawapan dia."

     "Yelah-yelah. Umi campur udang kering tapi udang tu umi kisar," kata Puan Sri Umairah mengundang batuk Riz Amsyar. Kalut dia mencapai gelas berisi air yang dihulur Dian.

     "Makan perlahan sikit," tegur Dian. Gelojoh sangat suaminya. Bukan lari pun nasi tu.

     Riz Amsyar menggumam perlahan. Tangan terus menyuap sesudu demi sesudu nasi goreng ke mulut biarpun badannya dah rasa lain macam.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now