BAB 7 - Lamar

10.3K 293 2
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

  
   
   
 

       SELEPAS diberikan taklimat tentang konvoi kali ini oleh Ali yang bertindak sebagai seorang ketua konvoi, Dian serta yang lain memulakan perjalanan menuju destinasi yang telah di persetujui oleh mereka semua dalam perbincangan lalu sambil di iringi abang-abang Marshall.

     Konvoi yang disertai lebih tiga puluh buah motor berkuasa tinggi itu bergerak menuju Pahang. Konvoi kali ini turut ditaja pemilik kelab tersebut tanpa memunculkan diri. Rata-rata dari mereka ingin melihat siapakah gerangan pemilik kelab tersebut.

     Mereka kemudian berhenti di RnR untuk makan tengah hari dan solat Zohor memandangkan mereka bergerak tadi agak lewat.

     Dian, Mya dan Siti duduk semeja dengan makanan yang sudah di pesan terhidang lengkap diatas meja. Diperhati Mya dan Siti yang tertoleh-toleh mencari seseorang. Kepala digeleng.

     "Kalau ia pun, habiskanlah dulu makanan tu," perlinya. Sakit pun ada juga.

     "Eleh..cemburulah tu." sakat Mya pula.

     "Tahulah dah ada pakwe tapi janganlah abaikan aku kat depan ni." dia mencebik buatkan Mya dan Siti tergelak.

     "Alah..apa susah, tu orang depan tu masih single lagi tu untuk dijadikan pakwe. Nak dijadikan suami pun lebih afdal. Cukup pakej." Alex menyampuk sambil menatang makanan sebelum duduk semeja dengan mereka yang turut disertai oleh Zack dan Joe.

     "Betul tu sayang." sokong Riz Amsyar yang juga turut membawa makanannya lalu mengambil tempat disebelah Dian memandangkan hanya tempat itu sahaja yang kosong seolah-olah sahabatnya sengaja mengosongkan untuknya. Alex tersengih mendengar jawapan Riz Amsyar. Laju selangkah sahabatnya itu berada didepan. Siap panggil sayang lagi.

      Dian mencebik malas ambil pusing.

     "Dian," panggil Riz Amsyar selepas beberapa detik. Pembantu peribadinya itu dia pandang lembut.

     Dian dan lain menoleh pada Riz Amsyar.

     "Kita kahwin." mereka yang mendengar terus terbatuk. Senyum Riz Amsyar pudar bila Dian menggelengkan kepalanya.

     "Kau tak sudi ke?" soalnya lemah. Baru nak bergembira tapi melihat tindak balas dari wanita itu, khayalan terus malap. Hilang di terbangkan kesedaran.

     "Eh! Bukan macam tu," hati Dian terbahagi sama ada mahu setuju ataupun tidak.

     Dua minggu lepas, Riz Amsyar ada menyatakan keinginan itu. Seperti yang lelaki itu lakukan, dia juga turut melakukan perkara yang sama iaitu menunaikan solat istikharah memohon petunjuk pada Allah SWT. Dan dia berdoa agar pilihan yang dipilihnya ini mendapat keredhaan disisi Allah SWT.

     Dia memerhati wajah-wajah yang penuh pengharapan agar menerima lamaran tersebut. Nafas lemah di helah dan dengan tenangnya dia menganggukkan kepala bersetuju.

     "Syukur alhamdulillah." bisik Riz Amsyar. Rasa gembira bila wanita itu menerima lamarannya.

     "Hujung bulan aku datang meminang." putusnya tidak mahu bertangguh lagi. Alex dan yang lain dah riuh semacam. Tak beragak Riz Amsyar. Laju benar nak jalankan niatnya.
 
 
 

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now