BAB 21 - Mengadu

7.2K 239 6
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

     
      

     "ASSALAMUALAIKUM," Meja makan di tuju. Pagi-pagi perut dah berkeroncong minta di isi. Jadi ada baiknya dia mengisi perut dulu sebelum mulakan harinya. Tangan laju saja mengisi pinggan kosong di depannya.

     "Waalaikumsalam," Tan Sri Dzulkifly dan Puan Sri Umairah serentak menjawab salam.

     "Laki kamu mana?" Kelibat menantu mereka tidak kelihatan.

     "Tidur bah. Penat sangatlah tu. Semalam pun sampai dekat rumah dah nak dekat satu pagi." Memandangkan hari minggu, Daniel, Danish dan Riz Amsyar mengambil kesempatan untuk berehat lebih lama. Tapi Danish tu selalunya memang lebih suka tidur kalau dapat cuti. Muncul pun bila nak makan.

     Usai bersarapan, Dian membantu Puan Sri Umairah menyiram pokok-pokok bunga dan sayur sayuran yang ditanam di belakang rumah. Ketika menyiram pokok tomato, sempat lagi Dian memetik beberapa buah tomato. Sambil menyiram sambil itu mulutnya mengunyah buah tersebut.

     "Adik. Tolong umi petik sayur ni. Umi nak masak tengah hari nanti."

    "Okey!" Paip yang menyalurkan air dimatikan. Segera dia bergegas ke arah Puan Sri Umairah yang sedang memetik buah cili muda. Teringat kenangan semasa mereka di rumah tok ayah. Riz Amsyar masuk melalui pintu dapur sambil menggigit buah cili muda. Menggeleng kepala Dian bila teringat kembali.

     "Petiklah sayur tu. Tercegat apa lagi?" Bebel Puan Sri Umairah. Berkerut keningnya melihat tingkah si anak tengah termenung. Dian tersengih sebelum memetik sayur kangkung yang tumbuh subur.

     Selesai memetik sayur, dia meminta diri untuk naik ke bilik. Riz Amsyar tak muncul di bawah. Mungkin masih bermimpi indah. Pintu bilik di tolak perlahan. Riz Amsyar yang masih terlelap di hampiri.

     "Belum bangun lagi? Mamat ni dah kenapa? Jangan kata demam sebab terkejut gara-gara semalam," gumamnya. Tangan naik melekap di dahi lelaki itu mahu mengetahui suhu badannya. seketika kemudian Dian menggeleng.

     "Awak, awak bangun." Kejut Dian.

     "Hm?" Dengan mata yang masih terpejam Riz Amsyar menyoal.

     "Bangunlah mandi."

     "Malas." Suara serak itu membalas pendek. Bantal didalam pelukannya di bawa menutup muka.

     "Tak ada tak ada. Jangan nak buat alasan. Dah nak dekat jam sepuluh dah ni. Awak belum sarapan lagi. Ingat sikit, awak tu ada gastrik." Duvet diselak.

     "Mengantuklah." Riz Amsyar menggumam perlahan. Tangan naik mengurut pelipis dahinya. Pening pula.

     "Mandilah dulu. Lepastu sarapan. Minum ubat lepastu baru sambung tidur balik." Pujuk Dian sambil menarik lengan Riz Amsyar.

     "Yelah-yelah." Riz Amsyar bangkit malas. Badan rasa seperti tak ada tulang saja gayanya.

     "Janganlah campak baju tu. Kan ada bakul pakaian kotor tu," bebel Dian. Geram melihat Riz Amsyar melempar baju begitu saja. Baju milik lelaki itu di kutip dan di sumbat ke bakul kotor.

     Dia menoleh saat terdengar lelaki itu mengadu perlahan.

     "Tak larat."

     Riz Amsyar yang sedang menongkat dahi di birai katil di hampiri. Duduk bersimpuh di tepi katil. Mata naik memandang lelaki itu.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now