BAB 31 - Bercuti ll

5.5K 194 4
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°









            KAWASAN itu hening buat seketika bagi mendengar jelas soalan yang bakal dikeluarkan oleh pihak pemenang.

"Bilakah tarikh hari lahir Aamir?" soal Razak pada Fariza, queen kepada Khalil, Johari dan Ella. Fariza di dalam bulatan kecil yang dikelilingi bodyguardnya kalut berfikir. Lupa tarikh lahir rakan sekerjanya. Razak, Mya si queen, Ferayu dan Azraan di luar bulatan sepuluh kaki sudah bersedia dengan sebiji belon setiap seorang. Senyum sumbing terbentuk.

     "Cepatlah!" Gesah Azraan.

     "Err.. dua puluh satu julai!" jawab Fariza kalut. Aamir dah ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Fariza.

     "Betul ke Mir?" soal Ali.

     "Harinya betul tapi bulannya salah." Sejurus Aamir bersuara empat biji belon dilontar berturut-turut ke arah kumpulan Fariza iaitu kumpulan empat.

     "Argh! Baju aku!"

     "Ibu! Rambut jo!"

     "Tudung saya!"

     "HAHAHA!"

     Habis kumpulan empat terkena bom. Lebih teruk Johari dan Khalil. Johari terkena bom telur dan tepung di rambut manakala Khalil terkena bom telur pada bajunya. Habis kumpulan mereka di tertawakan lagi-lagi Johari yang serupa hantu bila mukanya terpalit tepung. Kawasan tepi pantai di depan bilik sewa mereka juga sudah di banjiri oleh orang ramai kerana ingin menyaksikan aktiviti mereka itu.

     "Okey! Aku tak boleh tengok muka kau Jo. Sumpah lawak gila! Serupa kau pakai bedak sejuk pun ada!" usik Ali dengan gelak tawanya. Johari dengan muka masamnya menjeling Ali. Dahlah kalah, muka penuh tepung pula tu. Rungutnya.

     "Baiklah.. Jadi keputusan perlawanan kumpulan satu dan empat ialah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada kumpulan satu iaitu mengumpul sebanyak tiga mata manakala kumpulan empat dua mat," jelas Ali sambil melirik Johari sebelum meledakkan tawanya semula. Johari hanya mampu menggeleng bila dia di gelakkan. Nak marah pun tak guna bila hampir setiap orang di situ turut tertawa lagi-lagi kanak-kanak.

     "Kumpulan seterusnya ialah kumpulan dua berentap dengan kumpulan enam." Dian serta para bodyguardnya berkumpul di luar bulatan kerana Asyraff berjaya menjawab soalan Ali dengan tepat dan pantas. Kumpulan dua yang kalah di dalam bulatan sedang merancang strategi bagi mengelakkan queen mereka dari terkena bom yang bakal dilontar pihak lawan jika queen mereka iaitu Azilah gagal menjawab soalan dengan betul.

     "Soalan pertama, berapakah umur anak sulung Hamimi?" Asyraff melontar soalan pertama. Hamimi yang menjadi penonton menoleh pada Azilah dengan senyum mengejek siap menggoyang-goyangkan jari telunjuk. Azilah yang duduk mencangkung dalam bulatan kecil bodyguardnya mula mengira dengan jari.

     "Hah saya tahu! Satu tahun lima bulan!" Azilah menjawab dengan yakin. Hamimi serta suaminya yang turut serta dalam percutian dah ketawa. Anak lelaki mereka dalam dukungan suaminya turut ketawa bila ayahnya ketawa.

     "Laaa.. salah ke?" soal Zaidi cuak. Hamimi dan suami Hamimi dipandang silih berganti.

     "Salah ke bang?" soal pula bodyguard Azilah yang seorang lagi, Nazzri dengan wajah risau sambil menekup rambutnya. Yang lain dah mula ketawa melihat telatah Nazzri yang lebih pentingkan rambutnya berbanding permaisuri mereka. Suami hamimi, Fahrel pula sengaja menjawab dengan lambat. Tergelak dia melihat wajah cuak kumpulan dua.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now