ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.

369 36 19
                                    

Yeoreum berbaring diatas katil single milik Geurim sambil tangannya memegang telefon. Geurim pula duduk dihujung katil bersama iPad ditangan. Sekali lagi, Yeoreum memandang keseluruhan ruang bilik tidur milik Geurim. Ruang bilik Geurim tidaklah besar mana, cuma cara susun atur perabotnya menyebabkan bilik tidur itu sangat selesa diduduki.

Cemburu betul.

Sudahlah cadar berwarna putih milik katil Geurim sangat gebu, ditambah pula hawa sejuk daripada penyaman udara. Memang selesa.

Geurim hanya tersengih-sengih sambil memandang skrin MacBook miliknya. "Yeoreum.", Geurim mula memanggil nama Yeoreum. Yeoreum mengangkat wajah daripada memandang skrin iPad.

"Aku... Ada boyfriend.", luah Geurim bersama sebuah senyuman. Mata Yeoreum membulat, tangannya serta-merta meletakkan iPad diatas katil. Yeoreum terus mengengsot ke arah Geurim.

"Serius? Siapa? Sekolah mana? Sebaya dengan kita ke? Kenapa kau tak bagi tahu aku?", bertalu-talu soalan dilontarkan kepada Geurim. Teruja pun ada, yalah, dah kawan baik kau ada teman lelaki, mestilah kau gembira untuk dia, kan?

Geurim mula menunjukkan sesuatu diatas skrin MacBook. Laman Facebook seseorang terpapar pada skrin komputer riba.

Park Jimin. Itulah kali pertama aku mendengar nama kau.

"Inilah boyfriend aku.", dengan gembira Geurim menyatakan. Tangan Yeoreum mula menyeret skrin ke bawah menggunakan tetikus.

Apa pendapat pertama bila aku nampak Park Jimin?

Hmm, boleh tahan kacak juga mamat ni. Pipi dia tembam sikit, tapi comel.

Tapi, tidak lama kemudian, Yeoreum memandang Geurim dengan pandangan yang serius. "Kau pasti ke Geurim?", soalan yang dilontarkan Yeoreum penuh dengan makna. Senyuman Geurim sedikit memudar, faham akan maksud soalan Yeoreum.

Tidak lama selepas itu, aku mula mengenali lebih mendalam lagi akan insan bernama Park Jimin ini. Aku juga mula menghantar pesanan untuk menjadi rakan Park Jimin di Facebook.

Disitu juga, aku mula menghantar mesej kepada Park Jimin buat pertama kali.

Han Yeoreum
hai
aku han yeoreum, kawan baik geurim

Park Jimin
haiiii
ha'ah, aku kenal kau
kau kawan baik geurim kan
kita satu sekolah lah

Sejak dari saat Jimin berkata dia satu sekolah dengan aku, aku mula perasan kehadiran dia dimana-mana. Aku mula peka bila dia ada dalam radar penglihatan aku. Padahal, mana aku tahu dia ada dalam sekolah aku sebelum ini.

Waktu Pendidikan Jasmani.

Bola bergolek-golek diatas pandang rumput. "Aku ambil.", Yeoreum menngangkat tangan dan berlari anak menuju kearah bola. Bola itu ditahan oleh salah seorang pelajar lelaki yang sedang bermain bola. Pelajar lelaki itu menyepak perlahan kembali bola itu ke arah Yeoreum.

Mata Yeoreum berkerdip memandang Jimin yang menyepak bola masuk ke dalam gawang gol dan berbalas tumbukan mesra dengan rakan-rakannya. "Yeoreum, cepatlah!", panggilan rakan sekelasnya membuatkan Yeoreum tersentak.

Yeoreum hanya mengambil bola yang bergolek berhampiran sebelum kembali kepada pelajar sekelasnya yang mengadakan waktu Pendidikan Jasmani.

Waktu balik dari sekolah.

Yeoreum berjalan bersama rakannya dan tergelak apabila rakannya menceritakan perkara yang lucu. Tangan Yeoreum menutup mulutnya. Sewaktu ingin melintas jalan, Yeoreum ternampak bahagian belakang badan seorang jejaka. Dia kenal akan beg itu.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now