viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.

202 19 18
                                    

Yeoreum leka memerhatikan para pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah yang memasuki perkarangan highschool tempat penggambaran drama 1-4-3 berlangsung. Bibirnya mula mengukir senyuman kecil melihat gelagat para pelajar yang tertawa dan bercanda sesama sendiri. Sebuah keluhan lahir dari bibir Yeoreum.

"Mesti seronok kan...", gumam Yeoreum sendiri. Mindanya kembali mengimbas zaman dia bergelar pelajar highschool. Walaupun sebenarnya tidaklah semanis mana kenangan itu, tapi waktu itu banyak mengajarnya dan dia banyak berjumpa dengan orang yang menolongnya. Terasa nostalgia pula tiba-tiba.

"Kau buat apa?", tiba-tiba sahaja ada suara bertanya dari sisinya. Terus kepala Yeoreum menoleh ke sisinya. Dia terasa jari telunjuk Jimin sedang mencucuk pipi kirinya.

Jimin menjatuhkan jarinya lalu memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Mata Yeoreum mengerling ke arah Jimin yang memakai pakaian seragam sekolah beserta blazer.

Boleh tahan...

Han Yeoreum! Kau merepek apa ni?!

Terus kepala Yeoreum memandang ke depan.

"Kau rindu zaman highschool ke?", tanya Jimin. Yeoreum menjulingkan matanya.

"Memang taklah.", balas Yeoreum.

Jimin mengangguk. "Aku dah agak.", ujar Jimin. Tangan Jimin tiba-tiba sahaja mengusap kepala Yeoreum lalu berkata,

"Jom pergi. Pengarah dah panggil."

Yeoreum terkedu sekali lagi.

Ini bahaya.

•••

Jari Jimin meraup rambutnya yang kini diwarnakan hitam. Dia menjeling ke arah pengurusnya yang kini berdiri dengan tangan digenggam antara satu sama lain.

Suasana didalam dressing room itu tegang. Jimin telah menanggalkan blazer yang disarungnya, hanya memaparkan t-shirt putih yang dipakai.

"Aku dah cakap.", ujar Jimin, wajahnya serius. Yeoreum yang baru sahaja ingin berjalan melepasi kelas kosong dijadikan tempat pelakon bersiap terhenti apabila terdengar suara Jimin.

Mata Jimin kini kelihatan serius, tangannya siap memeluk tubuh. "Jangan letakkan aku dengan kumpulan lelaki tu. Hyung nak imej aku jatuh ke?", suara Jimin tegas berkata. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip apabila mengintai mereka. Suasana di dalam kelas itu terus menjadi kekok apabila staf yang lain turut ada disitu, mendengar sahaja perbalahan diantara Jimin dan pengurusnya.

"Jimin... Ini peluang yang baik untuk tunjukㅡ"

"Persahabatan? Publisiti? Yang aku rapat dengan Kalis Peluru? Jangan nak buat lawaklah.", ujar Jimin, sinis sahaja nada suaranya. "Aku takkan buat."

Yeoreum mengerutkan keningnya. Minda Yeoreum mula berfikir. Kalis Peluru? Itu bukankah antara kumpulan lelaki yang terhangat di pasaran sekarang? Apa kaitan kumpulan itu dengan Jimin? Kenapa Jimin nampak benci sangat dengan kumpulan itu?

Kaki Yeoreum hanya melangkah pergi dari situ, tetapi mindanya masih penuh dengan tanda tanya.

Tak adalah. Kalau betul pun dia tak suka Kalis Peluru, tak perlulah cakap sampai jatuh imej dia? Teruk sangatkah Kalis Peluru? Kalau teruk, takkanlah mereka makin popular sekarang?

Yeoreum menggelengkan kepalanya dengan pantas. Dah, kau tak perlu untuk fikir lebih-lebih, Han Yeoreum. Ini masalah Jimin, bukan masalah kau.

Tetapi, hati Yeoreum masih tidak berasa tenang.

Yeoreum rasa bersalah kerana dia mula mempercayai apa yang dikatakan oleh media tentang Jimin.

Para pelakon mula berkumpul di set penggambaran yang berlangsung di kafeteria sekolah. Daripada jauh, Yeoreum memerhatikan Seulgi yang sedang berlatih babaknya bersama Jimin. Yeoreum boleh nampak yang mereka sedang bergelak ketawa sambil melakonkan babak mereka.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now