xxviii. Trivia bahagian 9.

80 16 2
                                    

to him.

"Anda kembali bersama DJ Suga dan Kkul FM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Anda kembali bersama DJ Suga dan Kkul FM." Suara garau Yoongi memenuhi segenap ruang kereta Jimin. Suasana Jimin dan Yeoreum agak tegang selepas gurauan April Fool Jimin yang agak kasar. Langsung Yeoreum tidak menoleh ke arahnya mahupun bercakap.

Mulut dikunci, mata ditala ke arah lain.

"Kita baru sahaja mendengar salah satu OST untuk drama Age Of Youth. Saya ada tengok drama ni... Sangat menarik topik yang diketengahkan bagi saya."

"Pertanyaan daripada 2367, apa pendapat DJ Suga untuk Ssongsumin?" Yoongi tertawa setelah membaca pertanyaan itu. "Em, couple yang menarik. Agak kecewa juga bila mereka tak bersama akhirnya."

"Mengingatkan saya kepada watak Sungmin... Jiwon ialah cinta pertama kepada Sungmin, kan? Dia kata, saya mengahwini cinta pertama saya tetapi kemudian menjadi duda."

"Kau percaya ke dengan cinta pertama?" Tiba-tiba Jimin memulakan perbualan. Yeoreum yang termenung jauh kembali ke dunia realiti dengan pertanyaan Jimin.

"Maksud kau?", tanya Yeoreum kembali.

"Tak adalah... Aku selalu dengar orang cakap pasal cinta pertama. Dalam lirik lagu, drama, filem, cinta pertama itu selalu dikatakan macam benda yang besar.", Jimin menjelaskan. Yeoreum mengangguk kecil. Perkara itu benar. Cinta pertama itu, cinta pertama ini. Orang selalunya tak mampu lupakan cinta pertama mereka, ada orang mengatakan.

"Aku tak boleh nak relate.", ujar Jimin.

"Kau masih ingat Taehyung tak?", tiba-tiba Jimin bertanya. Dahi Yeoreum berkerut sambil memandang Jimin.

"Tiba-tiba je soalan kau.", komen Yeoreum.

"Macam mana kalau Taehyung tiba-tiba suka kau? Kau akan suka dia balik tak?", tanya Jimin. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip.

"Aku rasa tak kot..." Yeoreum menggeleng perlahan. "Dia mungkin cinta pertama aku, tapi dia tak ada kesan macam tu dekat aku." Yeoreum cuba untuk memberi jawapan sebaik mungkin.

Jimin mengangguk, mengerti.

Kepala Yeoreum toleh untuk memandang Jimin, lama.

Bukan sebab Kim Taehyung ialah cinta pertama aku.

Sebabnya ialah Kim Taehyung bukan kau.

•••

makin lama aku makin kesian dengan watak yeoreum ni (walaupun sebenarnya dah kesian dari awal tapi takleh)

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now