xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik

109 17 1
                                    

"Noh... Eul?", ucap Jimin.

Mata Yeoreum memandang ke arah yang dipandang oleh Park Jimin.

Kelihatan seorang gadis dalam lingkungan umur mereka, berambut pendek dan juga seorang lelaki disisinya yang agak kurus dan tinggi. Mata perempuan itu dan lelaki itu membulat apabila bertentang mata dengan Jimin.

Pasangan itu berpandangan buat seketika sebelum memandang Jimin kembali. "Park Jimin?", soal jejaka itu.

"Wah... Lama tak jumpa kau." Jejaka itu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Jimin. Jimin turut berjabat tangan dengan jejaka itu. Yeoreum pula hanya memerhati dengan seribu satu soalan berlegar-legar di minda.

"Hai, Noh Eul.", sapa Jimin.

Perempuan itu, yang kini dikenali dengan nama Noh Eul tersengih senget ke arah Jimin. "Lama tak jumpa kau, Mamat Tak Betul." Jimin terus tertawa kecil mendengarkan gelaran yang diberikan oleh Eul.

Kemudian, pandangan Eul teralih ke arah Yeoreum yang berdiri di sebelah Jimin. "Ah, ini Han Yeoreum. Kawan rapat aku dari sekolah rendah... Ini, Jung Hoseok, Noh Eul... Kawan aku dari sekolah menengah.", Jimin mula memperkenalkan mereka di antara satu sama lain.

Mereka menundukkan kepala ke arah Yeoreum sambil tersenyum. Eul tiba-tiba tersengih nakal. "Girlfriend?", teka Yeoreum.

"Tak.", Jimin menjawab manakala Yeoreum menggelengkan kepalanya sambil tersenyum palsu.

"Kawan je.", tambah Yeoreum.

Hoseok memeluk tubuhnya. "Aku dengan Eul pun mula dengan kawan je.", ujar Hoseok sambil tersengih. Eul menyiku lengan Hoseok sambil tersenyum.

"Diamlah."

Yeoreum memandang ke arah Jimin yang masih kelihatan tergamam sambil melihat Eul dan Hoseok. Okay, dia hanya melihat ke arah Eul. Terdapat suatu perasaan yang Jimin sedang gambarkan melalui pandangannya... Agak... Sayu?

Apa yang pernah terjadi antara mereka?

"Macam mana boleh kenal Jimin?", Yeoreum mula bertanya.

"Ah... Dia satu kelas dengan kami dulu. Kecoh habis sebab ada artis masuk sekolah kitorang.", jawab Hoseok. Okay... Jadi Jimin memasuki sekolah menengah setelah dia menjadi artis, dimana aku tiada disitu.

"Siap duduk belakang Eul lagi.", tambah Hoseok sambil menjongketkan keningnya, matanya memandang Jimin. Yeoreum dapat lihat pandangan itu seperti memberi amaran dan menyindir.

"Hei.", Eul berbisik kasar.

"Betul apa Jimin pernah suka kau?", balas Hoseok, ada nada cemburu dalam suaranya. Yeoreum terus tersenyum sendiri, agak sinis. Nah, sudah terjawab segala soalan yang bermain diminda. Eul pula menjegilkan matanya kepada Hoseok dan mereka berbalas jelingan.

"Ei, takkanlah kau tak move on lagi dari aku kan?", soal Eul sebelum tergelak sendiri. Tetapi, Jimin merenung sahaja mata gadis itu.

"Kau rasa?" Jimin menjongketkan keningnya.

"Mamat ni memang nak kena dengan aku." Eul mengacah penumbuk.

"Woi, ini girlfriend akulah!" Hoseok terus berdiri setapak ke hadapan sambil mendepangkan tangannya seolah-olah ingin melindungi Eul.

"Siapa je yang tak tahu Eul girlfriend kau?", bidas Jimin sambil menjeling Hoseok. Hoseok memandang Jimin dengan tidak percaya.

"Kau memang nak kena pukul dulu baru sedar diri agaknya.", ujar Eul. Yeoreum meneguk liur, agak takut dengan aura Eul ketika menyebut perkataan pukul itu. Nampak macam dia betul-betul akan memukul Jimin.

SELEBRITI. » park jiminWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu