xxiv. Kau suka aku ke?

96 14 0
                                    

"Mamat gila.", terpacul ayat itu dari mulut Aera setelah Yeoreum menceritakan semua perkara yang terjadi antara dia dan Jimin. Aera menghirup sup dengan menggunakan sudu, menikmati makan malamnya.

"Kan?" Yeoreum menggelengkan kepalanya, sejujurnya agak kesal dengan perangai yang ditunjukkan oleh Jimin.

"Apa benda yang dia buat?", ujar Aera setelah dia menelan makanan yang dikunyah. "Macamlah dia suka kau ke apa."

Yeoreum berpeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi, berfikir.

"Kenapa dia marah sangat bila kau cakap kau bercinta dengan Seokjin? Gila mamat tu."

"Entahlah..." Yeoreum menaikkan kaki ke atas kerusi, tangannya memeluk kaki. Dagu diletakkan diatas lutut.

"Dia ada minta maaf?", soal Aera.

"Huh?" Mata Yeoreum berkerdip.

Aera membetulkan duduknya. "Ada ke dia datang balik dekat kau, cakap yang dia minta maaf, mesej ke? Telefon kau ke?"

Yeoreum memuncungkan bibirnya. "Keesokan harinya dia pergi Jepun. Dia ada konsert, world tour. Dia takkan datang sini buat masa yang terdekat."

"Hah! Lega aku bila kau cakap dia takkan datang dalam waktu yang terdekat.", luah Aera dengan selamba. "Kita dah banyak toksik dalam dunia ni, dan kita tak perlu tambah Jimin pula."

"Dia tak adalah teruk sampai macam tu sekali.", cepat sahaja Yeoreum mempertahankan Jimin. Baginya, ayat Aera itu agak kasar dan kurang ajar. Aera menjulingkan matanya.

"Dia tak adalah teruk sampai macam tu sekali." Aera mengajuk ayat yang diucapkan oleh Yeoreum dengan nada suara yang sengaja dikecilkan, jelas mengejek dan sinis. "Kepala hotak kaulah."

Lidah Yeoreum kelu, bukannya dia tidak tahu akan kebenaran kata-kata Aera.

"Kau pula? Apa cerita nak pergi Berklee pula tiba-tiba?" Yeoreum mengubah topik perbualan mereka. Mulut Aera terus terhenti mengunyah. "AOPA tak cukup ke?"

Aera terkaku buat sementara sebelum dia menguis nasi dengan sudu. "Well... Benda dah jadi...", acuh tak acuh Aera menjawab soalan Yeoreum. "Berklee pun mesti jauh lagi okay dari AOPA."

"Kau pandang rendah sistem pelajaran negara kita ke?"

"Diamlah kau. Biarlah aku belajar benda yang aku suka, dengan cara aku."

"Alah, aku gurau je." Kemudian, riak wajah Yeoreum bertukar sedih. "Tapi tak lama lagi kau nak tinggalkan aku..."

"Tiga tahun je weh." Aera berkata dengan tenang. Langsung tidak kelihatan bersalah untuk meninggalkan sahabat karibnya itu.

"Tapi tiga tahun tu rasa macam seribu tahun, tahu? I have died everyday waiting for you..." Yeoreum mula menyanyikan A Thousand Years oleh Christina Perry dengan nada sumbang.

Aera menjeling Yeoreum membuatkan Yeoreum menutup mulutnya. "Okay, aku berhenti." Kepala Yeoreum menunduk sedikit.

"Bagus. Ah! Apa jadi dengan kau dengan Seokjin?", soal Yeoreum.

Yeoreum menaikkan wajahnya untuk memandang Aera. "Kitorang couple sekarang.", jawab Yeoreum. Aera meletakkan pinggan di sinki lalu membuka pili air.

"Couple kepala hotak kaulah一 Ha?!" Tangan Aera yang ingin mencuci pinggan yang digunakan terhenti. Dia kembali duduk di hadapan Yeoreum.

"Ha? Kejap. Bila? Dekat mana? Macam mana?", bertubi-tubi soalan Aera lontarkan.

Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. Ini akan jadi malam yang panjang.

•••

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now