xix. Trivia bahagian 2.

129 17 1
                                    

Mata Yeoreum perlahan-lahan terbuka apabila terasa cahaya matahari mula menyinari. Tekaknya terasa kering sangat-sangat, seperti padang pasir. Dengan perlahan, dia bangun lalu menuju ke dapur. Botol air mineral dicapai lalu diteguknya sehingga berbaki separuh.

Mulutnya dilap dengan menggunakan hujung lengan baju. Tetapi, minda Yeoreum serta-merta teringat kepada kejadian malam tadi.

"Aku suka kau, Park Jimin."

"Aku rasa aku cintakan kau, sangat-sangat."

"Kau gila, Han Yeoreum.", ucap Yeoreum sendiri sambil menggenggam rambutnya. Mulutnya ternganga, tidak percaya dengan diri sendiri. Terasa ingin ditampar-tampar mulut yang mengkhianati tuannya sendiri. Kepala ingin dihantuk-hantuk ke dinding, kerana otaknya sudah tidak berfikiran waras.

Okay, bertenang, Han Yeoreum. Bawa bertenang. Fikir. Tarik nafas, lepas. Okay.

"Apa yang okaynya kau basically confess semua benda dekat mamat tu malam tadi!" Yeoreum kini terduduk diatas lantai lalu menyepak-nyepak ke udara dengan geram. Geram dengan diri sendiri.

Kejap.

Yeoreum tiba-tiba teringat sesuatu.

•••

Mata Jimin memandang skrin telefon bimbitnya. Dia melihat ada story terbaru yang ditambah oleh Yeoreum di Instagram. Jimin pun membukanya. Kakinya melangkah masuk ke dalam lif.

Dia masih tidak boleh melupakan pengakuan Yeoreum pada malam semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia masih tidak boleh melupakan pengakuan Yeoreum pada malam semalam. Segala butir bicara gadis itu masih jelas kedengaran di mindanya. Riak wajah Yeoreum, keikhlasannya yang jelas kelihatan. Jimin rasa dia tidak akan mampu untuk melupakan perkara itu.

Ting! Mesej terbaru dari Yeoreum.

Anti Musim Sejuk
kau dekat mana?

Kening Jimin berkerut. Kenapa... Yeoreum kedengaran seperti relaks sahaja dengan mesej ini?

Yeoreum yang dia kenal mungkin akan kelam-kabut dan segera menghantar mesej yang panjang lebar untuk meminta maaf dan cuba untuk menjelaskan diri sendiri. Tetapi mesej ini membuatkan dia keliru.

Jimin akhirnya tiba di hadapan bilik tarian.

Park Jimin
bilik tarian
kenapa?

Anti Musim Sejuk
<gambar>
aku craving hokkaido
belikan weh
:(
kau kan boyfriend aku

Makin jelas kerutan di dahi Jimin apabila membaca mesej yang dihantar oleh gadis itu. Dah kena sampuk ke apa minah ni?

Park Jimin
well okay
nanti aku datang hantar

Anti Musim Sejuk
THANK YOU!!!

•••

Apabila pintu diketuk, selepas beberapa minit baru dibuka oleh Yeoreum. Yeoreum tersengih tanda bersalah. "Maaf. Aku sakit perut.", Yeoreum mencipta alasan. Jimin pun melangkah masuk maka pintu ditutup. "Aku rasa aku minum banyak sangat malam tadi..."

Jimin meletakkan kotak kecil berisi tart Hokkaido yang lemak berkrim belaka. "Oh, Hokkaido!", kata Yeoreum dengan girang.

Tanpa menunggu, Yeoreum terus membuka kotak itu lalu tart disuap ke dalam mulut. "Baik kau suruh aku bawa nasi ke, Hokkaido buat apa.", ujar Jimin apabila melihat Yeoreum yang kelaparan.

Kepala Yeoreum geleng. "Mhm, tak apa. Mak aku ada hantar makanan, ada sup sekali. Bolehlah buat makan lepas minum teruk sangat. Nasi tengah masak, kau nak makan?", setenang mungkin dan seselamba mungkin Yeoreum cuba ucapkan ayat itu. Padahal, segala perasaan berdebar dan segan di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

"Nah, aku diet." Jimin menggeleng.

Terus kepala Yeoreum toleh ke arah Jimin. "Aku cakap jangan diet kan?"

"Aku artis tahu tak?"

Yeoreum melangkah ke arah dapur lalu mencapai pinggan. Nasi yang baru sahaja dimasak disenduknya. "Habis tu artis bukan manusia? Tak payah makan? Kau tu tulang je tinggal tahu tak?", bebel Yeoreum.

Dia meletakkan pinggan di atas meja lalu duduk menghadap Jimin. Hujung jari-jemarinya tiba-tiba memicit pelipis. "Ah... Aku pening. Aku rasa sebab minum banyak sangatlah.", gumam Yeoreum tapi cukup kuat untuk didengari oleh Jimin.

"Aku habis lupa apa yang jadi malam tadi. Ah..." Kepala Yeoreum geleng sebelum nasi disuap ke dalam mulut. "Aku pengsan agaknya. Dah lama tak minum banyak macam tu."

Mata Jimin berkerdip-kerdip sambil memerhatikan Yeoreum makan. Yeoreum pula mencuri pandang ke arah Jimin, kelihatan Jimin masih ingat apa yang jadi malam tadi.

"Aku tak ada buat benda-benda pelik kan? Cakap benda-benda pelik ke?", soal Yeoreum. Setiap saat yang berlalu selepas Yeoreum menanyakan soalan itu terasa seperti mencekiknya. Tolonglah... Tolonglah...

"Tak ada. Biasa je.", ujar Jimin. Yeoreum terus menghembuskan nafas lega.

"Ah... Lega aku." Yeoreum kembali menikmati makanan dengan penuh berselera.

Okay. Lebih baik kalau Yeoreum lupa. Betul, tidak perlu menceritakan hal sebenar. Baguslah kalau Yeoreum lupa, aku tak perlu nak buat apa-apa atau cuba jarakkan hubungan dengan dia.

Park Jimin, aku takut dan lega pada masa yang sama bila aku mengaku semua benda itu.

Lupakan semua itu. Kita lebih baik kekal sebagai kawan, walaupun aku tahu perasaan sebenar aku. Biarlah kau fikir yang aku lupa. Tapi, aku takkan lupa. Tak akan lupa sampai bila-bila.

•••

yeomin dah karam :)

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now