xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?

159 17 47
                                    

Anti Musim Sejuk
aku akan tengok wayang dengan kau
jangan tanya apa-apa
kau eh yang belanja tiket wayang
popcorn sekali dengan sprite
dua dua large

Jimin tersenyum sambil membaca mesej yang diterima oleh Yeoreum hampir seminggu kemudian sejak dia datang ke rumah Yeoreum.

Manakala, Yeoreum pula melepaskan keluhan setelah menghantar mesej itu kepada Jimin. Sejujurnya, terdapat kebenaran dalam kata-kata Jimin.

Benci betullah aku bila mamat tu betul.

Yeoreum cuba berfikiran positif. Jika dia tidak boleh menggunakan akaun Instagram peribadinya, dia boleh sahaja menggunakan akaun Instagram nya yang didedikasikan untuk DAY6, tiada siapa yang akan tahu.

Lagi satu, bila difikirkan semula, boleh tahan menarik juga situasi sekarang. Aku ada haters sekarang, wow. Peminat pun tak ada, tiba-tiba muncul haters.

Lagi satu, Yeoreum ada baca beberapa komen yang boleh dikatakan... Neutral dan okaylah... Jika mahu dibandingkan dengan komen yang negatif, adalah dalam dua tiga komen yang memberi respons positif.

Dua tiga komen itulah yang berjaya menenangkan dirinya, yang membela dirinya.

jjjjjj let idol breath, biar jimin date sesiapa yang dia nak

llllll korang siapa nak decide samada okay atau tak untuk dia date? korang mak bapak jimin ke?

kkkkkk they suit each other ngl

nnnnnn i ship

cccccc boleh jadi diorang kawan je??? yall salty af

ssssss diorang cuma nampak macam kawan baik... it's good to see jimin smiling like that

Pau
aku ambil kau esok
pukul lapan malam

•••

"Ah... Memang aku yang gila bila aku fikir untuk keluar dengan kau." Kepala Yeoreum geleng perlahan sambil berjalan menyusuri kedai di dalam pusat beli-belah itu. Nasib baik sahajalah hari kerja, tidak terlalu ramai orang. Bayangkan kalau hari cuti, memang cari nahas.

Jimin memeluk bahu Yeoreum. "Han Yeoreum. Kau dapat keluar dengan aku pun nak complain ke?" Yeoreum memandang wajah Jimin dan Jimin sedang menayangkan sengihan rasmi miliknya. Apabila merasakan wajah mereka terlalu dekat, Yeoreum memandang ke depan. Terasa darah naik ke pipi.

"Kau... Dah makan ke?", soal Yeoreum.

"Oh?" Jimin menolehkan kepala ke arah Yeoreum lalu tersenyum. "Han Yeoreum risaukan aku ke?", tanya Jimin dengan nada yang menyakat.

"Ma一mana ada!", tergagap Yeoreum membalas. "Aku cuma selalu dengar... Yang selebriti selalu kena diet. Kau, jangan cuba nak diet. Aku sepak kau.", Yeoreum memberi amaran.

"Okay Han Yeoreum." Jimin mencuit pipi Yeoreum.

"Tapi kenapa kau warna rambut kau... Lain?", mata Yeoreum memandang rambut Jimin yang sudah diwarnakan dengan tona biru firus. Kelihatan sangat sesuai dengan Jimin.

"Sesuai tak dengan aku?", Jimin meraup rambutnya di sebalik topi. Matanya tepat memandang Yeoreum membuatkan Yeoreum mengalihkan pandangan.

Mamat ni memang gila. Yeoreum meletakkan tangannya diatas dada. Wahai jantung, paru-paru, segala organ dalamanku, tolong kawal perilaku ya.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now