xxii. (Tak) Move on.

108 16 0
                                    

Suasana diantara mereka bertiga hanya diam sedari tadi, tiada siapa yang berani untuk memulakan bicara. Yeoreum mengetap bibir, jari-jemari diatas riba bermain antara satu sama lain dengan resah. Jimin pula berpeluk tubuh dengan kaki yang disilangkan.

Kang Harin yang duduk menghadap Jimin pula hanya mengacau minuman yang dipesannya dengan penyedut minuman. Mereka bertiga hanya duduk disitu, didalam kafe tanpa bersembang mesra, seperti apa yang sepatutnya jika terjumpa kawan lama.

Mereka tidak sangka untuk berjumpa dengan cara yang begini. Harin, sebagai model dalam iklan bersama Park Jimin.

"Aku tak sangka yang kau jadi model juga.", tiba-tiba Jimin bersuara. Perkara itu membuatkan Harin dan Yeoreum terus memandang ke arahnya. "Maksud aku... Tak sangka kau akan masuk bidang hiburan."

Harin tersenyum lalu duduk dengan tegak. Dia mengalihkan rambutnya di bahu kanan ke belakang. "Itulah, aku pun tak sangka yang aku pilih untuk jadi model. Lagi tak sangka untuk jumpa kau balik dekat sini.", ujar Harin.

Mendengarkan perbualan mereka berdua membuatkan Yeoreum terasa tidak layak untuk duduk bersama. Dia rasa bahawa diri dia semakin mengecil dan mengecil, menunggu masa sahaja untuk ditelan bumi. Kepalanya ditunduk memandang meja.

"Lama tak jumpa kau, Han Yeoreum." Yeoreum terus menaikkan wajah apabila terdengar namanya dipanggil. Harin sedang tersenyum ke arahnya. "Dah berapa lama eh? Sejak empat tahun lepas rasanya, sejak kita habis sekolah menengah..."

Yeoreum hanya mampu tersenyum kembali. Dia sendiri tidak tahu untuk kata apa. Memanglah Harin itu pernah menjadi kawan baiknya, tetapi mereka terputus hubungan sejak tamat sekolah menengah. Yeoreum mula resah dengan perkara ini.

Tiba-tiba, telefon bimbit Jimin berdering. "Hello? Ah... Kami dekat kafe. Sekarang? Okay, saya datang." kata Jimin sebelum menamatkan panggilan. Dia terus memandang ke arah Harin.

"Director cari kita. Kena pergi set." Harin mengangguk. Mereka berdua mula berdiri dan ingin beredar dari kafe itu.

"Kau tak ikut, Yeoreum?", soal Jimin. Yeoreum hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak apalah, aku nak duduk sini. Dekat luar sejuk.", jawab Yeoreum. Dahi Jimin berkerut.

"Kau yang beriya-iya nak tengok pantai tadi...", gumam Jimin. Mereka berdua pun mula berjalan keluar dari kafe tetapi Harin terhenti di sisi Yeoreum. Yeoreum menoleh apabila terasa Harin berdiri di sebelahnya.

"Bagi aku nombor telefon kau." Harin menghulurkan telefon bimbitnya kepada Yeoreum. "Kita jangan lost contact lagi, okay?" Yeoreum hanya mengangguk perlahan sambil mencapai telefon bimbit milik Harin. Nombor telefonnya diletakkan. Telefon bimbit milik Yeoreum berdering.

"Okay." Harin tersenyum, berpuas hati. "Jumpa lagi kejap lagi." Sempat Harin menepuk bahu Yeoreum dengan mesra sebelum berjalan pergi. Mata Yeoreum mengekori Harin yang berjalan ke arah Jimin yang menunggu untuk berjalan bersama.

Melalui tingkap kafe yang lutsinar, dia melihat mereka berdua berjalan beriringan. Sempat Yeoreum menangkap Harin yang tertawa kecil, mungkin ada sesuatu yang lucu dikatakan oleh Jimin. Yeoreum menongkat wajahnya.

"Diorang sesuai untuk satu sama lain...", gumam Yeoreum, lebih kepada melepaskan sebuah keluhan. Bagai pinang dibelah dua, ibarat cincin dan permata. Harin yang cantik, Jimin yang kacak. Tangan sebelah lagi mencapai telefon bimbit diatas meja lalu dihidupkan. Dia memperoleh nombor telefon Harin.

Lama nombor telefon gadis itu hanya direnung oleh Yeoreum.

Yeoreum mula berfikir buat sejenak lalu tangannya mencapai telefon bimbit.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now