i. Prolog

483 46 13
                                    

Mata Yeoreum tajam memandang jam berbentuk bulat yang terlekat di dinding dapur PizzaHut, tempat dia bekerja separuh masa. Entah kali ke berapa, Yeoreum menguap, tidak sabar memandang jarum jam pendek tiba di angka empat. Terdapat masa tigapuluh minit lagi sebelum waktu syifnya tamat.

"Woi, kau tenung jam tu macam kau nak makan je.", tegur Hyunmi, rakan sekerjanya. Yeoreum hanya tersengih kearah Hyunmi, tangan menenyeh mata disebalik kacamata. Mengantuk.

Pada waktu begini, sudah tentunya tiada pelanggan di PizzaHut. Memanglah PizzaHut beroperasi selama duapuluh empat jam, tetapi jarang mereka untuk menerima pelanggan pada waktu sebegini.

Tetapi, angan-angan Yeoreum untuk hanya melepak di PizzaHut sehingga waktu syifnya tamat ranap apabila telefon tempat kerjanya berdering. "Ah!", rungut Yeoreum lalu menyembamkan wajahnya ke atas meja, "Siapa pula yang telefon tu aduh...", Yeoreum menggaru-garukan kepalanya dengan serabut. Hyunmi hanya mampu memandang dengan simpati.

Nafas ditarik dan dihembus. Tangannya mencapai telefon dan meletakkannya mampir pada telinga. "Selamat pagi dari PizzaHut. Boleh saya terima pesanan anda?", dengan suara seceria yang mungkin Yeoreum bertanya. Padahal dalam hati dia sudah menyumpah seranah kepada pelanggan yang memaksanya untuk bekerja itu.

"Okay.", Yeoreum mengangguk sambil mengambil pesanan, menulis alamat dan nombor telefon pelanggan itu, "Satu Beef Pepperoni piza large. Satu set deli wings. Air, Coke. Boleh bagi saya nama dengan nombor telefon encik? Okay, penghantaran akan dibuat dalam masa 15 minit. Terima kasih.", Yeoreum meletakkan telefon dan merenung kertas yang ditulisnya itu.

Pantas Yeoreum mula menyiapkan pesanan pelanggan itu dengan cekap. Penghantaran perlu dibuat dengan cepat supaya kualiti perkhidmatan PizzaHut terjaga. "Aku pergi dulu.", Yeoreum berkata kepada Hyunmi.

"Bawa motor elok-elok.", pesan Hyunmi. Yeoreum mengangguk dan mencapai topi keledar sambil memegang plastik berisi makanan menggunakan tangan satu lagi.

Sempat lagi dia menyumbat fon telinga ke dalam telinga dan lagu mula berkumandang untuk menghilangkan rasa mengantuknya ketika membonceng motosikal. Yeoreum mula bernyanyi kecil dan mengetatkan kedudukan rambutnya yang diikat tocang.

Telefon bimbit mula membuka aplikasi Waze untuk mencari alamat pelanggan. Topi keledar disarung dan plastik berisi makanan diletakkan dibahagian yang disediakan di belakang motosikal.

Motosikal dihidupkan dan Yeoreum mula bergerak ke tempat yang dituju. Segalanya tenang, angin dingin bertiup lembut, menenangkan dirinya. "Kejap...", Yeoreum mula rasa tidak sedap hati dengan lokasi yang ditujunya.

"Ini bukan ke jalan untuk...", Yeoreum menghentikan motosikal berdekatan dengan sebuah bangunan. Bangunan tersebut dikelilingi deretan kereta dan manusia. Walaupun Yeoreum memakai topi keledar serta menyumbat fon telinga, dia boleh dengar muzik yang berdentum kuat daripada bangunan itu. Sebuah kelab yang popular di bandar ini.

"Aduh... Siapa pula yang pesan piza dekat kelab pagi-pagi buta ni?", rungut Yeoreum lalu menanggalkan topi keledar. Yeoreum pernah menghantar pesanan pada pelanggan di kelab itu dan boleh katakan, perkara itu tidak berakhir dengan baik. Biasalah, orang kalau mabuk mana mampu berfikir dengan waras.

Okay, relaks Yeoreum. Apa kata kau telefon pelanggan tu dan tanya kalau dia boleh ambil pesanan dia dekat luar? Sebab nanti ramai orang, tak jumpa, dia yang kempunan nak makan piza. Bijak kau, Yeoreum.

Telefon dicapai dan nombor telefon pelanggan itu didail. "Hello, ini PizzaHut. Boleh tak encik ambil pesanan dekat luar kelab? Sebab saya takut kalau saya masuk, saya tak jumpa encik."

"Ha?! Apa dia?!", suara jejaka itu menjerit, cuba menandingi bunyi muzik kuat yang berdentum. "Cik masuk je dalam kelab! Saya ada bagitahu nombor bilik! Cik hantar je dekat bilik!", panggilan dimatikan.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now