xxv. I love you.

133 14 5
                                    

Bebola mata Jimin bergerak perlahan-lahan apabila terasa cahaya matahari mula menyimbah wajah. Kelopak matanya mula terbuka, hari sudah pagi. Ah, kenapalah aku tak tutup tingkap dengan langsir...

Kepalanya terasa sedikit berdenyut, mungkin dia minum dengan terlalu banyak malam semalam...

Baru sahaja Jimin ingin mencapai bantal untuk menutup wajah, mindanya terus teringat akan perkara yang terjadi malam tadi. Yeoreum.

"Aku tahu kau tak pakai aksesori. Lagi-lagi gelang. Tapi sebab tu gelang yang aku bagi lagi istimewa. Aku nak gelang tu jadi aksesori pertama yang kau akan pakai, dan satu-satunya aksesori yang kau pakai."

Matanya terus terbuka luas seperti disimbah air. Dia terus terasa segar dan tidak lagi ingin menyambung tidur. "Gila.", gumam Jimin.

Apa yang kau buat malam tadi, Park Jimin?!

"Aku tahu kau tak pakai aksesori. Lagi-lagi gelang. Tapi sebab tu gelang yang aku bagi lagi istimewa. Aku nak gelang tu jadi aksesori pertama yang kau akan pakai, dan satu-satunya aksesori yang kau pakai."

Dia terus menyerabutkan rambutnya lalu berbaring menonggek diatas katil. Kepalanya dihantuk-hantukkan ke atas bantal. "Kau gila, Park Jimin! Kau gila!", rungut Jimin sambil menendang-nendang pula ke udara.

Sudah tentu, memanglah niatnya untuk memberikan hadiah itu kepada Yeoreum. Tapi, bukan dengan cara begitu! Dalam keadaan mabuk disertai dengan dialog yang kelihatan seperti terdesak untuk Yeoreum memaafkannya!

Jimin berbaring terlentang memandang siling. Tetapi, dia kembali menutup wajah dengan tangan. Dia menyepak-nyepak pula selimut.

"Kau kena berhenti pergi dekat Yeoreum bila kau mabuk, Park Jimin! Apalah bodoh sangat kau ni...", rungutnya lagi.

"Dah bangun ke... Apa kau buat?", pengurus Jimin terkaku apabila membuka pintu bilik tidur Jimin. Kelihatan Jimin sedang menyepak-nyepak udara. Pelik.

"Kau tunggu apa, bangunlah."

"Aku tak nak bangun.", gumam Jimin.

Perasaan malu dia tak boleh bawa bincang sekarang.

•••

Kaki Jimin menekan pedal brek membuatkan kereta itu berhenti dengan perlahan-lahan. Dia memandang ke luar tingkap. Kelihatan jelas bangunan rumah Yeoreum.

Tetapi, dia mengeluh tidak lama kemudian. "Apa aku buat dekat sini...", bebelnya sendirian. Jari-jemarinya mengetuk stereng, memikirkan sama ada untuk naik ke rumah Yeoreum atau tidak.

"Fuck it." Jimin mematikan enjin kereta lalu melangkah keluar dari kereta. Dia menaiki tangga untuk menuju ke rumah Yeoreum. Kini, dia betul-betul berdiri di hadapan pintu rumah Yeoreum.

Baru sahaja dia ingin menaikkan tangan untuk mengetuk pintu, dia menarik kembali tangannya. Kepalanya digelengkan. Dia berjalan berulang-alik dari kiri ke kanan, memikirkan cara terbaik untuk berjumpa dengan Yeoreum.

Langkahnya terhenti. "Patut ke aku telefon dia?", dia berteka-teki sendiri. Tangannya menarik keluar iPhone XR dari dalam poket jeans.

Nombor telefon Yeoreum pantas didail.

Tut tut...

Jimin menghentakkan kaki ke atas lantai dengan perlahan berkali-kali. Sudah masuk lima deringan sehingga suara operator akhirnya berkata, "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."

Mata Jimin berkerdip-kerdip memandang skrin iPhone XR. "Minah ni ignore aku ke?!", kata Jimin. "Wah..." Jimin tergelak sendiri sambil meraup rambutnya. "Nak dekat dua bulan aku tak telefon, lepas tu bila aku telefon kau tak angkat?"

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now