xxx. Airmata murahan.

129 13 3
                                    

Kelopak mata Yeoreum terbuka perlahan-lahan, namun tertutup kembali kerana silau dengan cahaya lampu. Namun, deria baunya seperti mengenali bau ini. Bau seperti... Hospital.

Mata Yeoreum terbuka kembali. Kepalanya digerak perlahan ke kiri, terdapat deretan katil hospital yang diasingkan dengan langsir berwarna putih. Doktor dan jururawat bergegas melakukan tugas masing-masing, pesakit yang melakukan rawatan, manusia yang melawat orang tersayang di hospital.

"Ah...", rungut Yeoreum apabila dia rasa seperti perutnya masih sakit-sakit. Kepalanya juga terasa pening lalat. Yeoreum ingin mengangkat tangannya lalu terperasan bahawa lengannya dicucuk dan disambung ke pek IV di tepi katil.

Aku pengsankah tadi?

"Cik dah bangun?", seorang jururawat datang menyapa dengan sebuah senyuman manis. Yeoreum hanya tersenyum segaris membalas.

"Boleh saya tanya... Sekarang dah pukul berapa?", tanya Yeoreum.

"Dah nak dekat pukul tiga pagi."

Wah, dah nak dekat pukul tiga pagi. Lama juga aku pengsan, kalau daripada pukul 8.30 malam semalam.

"Sekejap ya, saya panggilkan doktor." Yeoreum hanya mampu mengangguk lemah, tiada tenaga untuk bergerak dengan banyak. Jururawat itupun berjalan pergi meninggalkan Yeoreum.

"Harap-haraplah hospital tak telefon parents aku...", gumam Yeoreum sendiri. Dia tidak mahu membuat keluarganya risau, sudahlah dia anak perempuan yang duduk berjauhan dengan keluarga. Sewaktu dia ingin duduk rumah sewa sendirian, bukan main ibunya tidak memberi keizinan. Selepas dipujuk oleh bapanya dan juga Yeoreum, ibunya melepaskan juga Yeoreum pergi tetapi dengan berat hati.

"Hai, Cik Han Yeoreum. Cik rasa macam mana? Ada rasa pening-pening lagi?", Yeoreum pun menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh doktor lelaki itu.

"Cik Han Yeoreum pengsan disebabkan post stress disorder. Disebabkan stres melampau, gas yang terhasil menyebabkan cik pengsan." Mata Yeoreum sedikit membulat, agak terkejut dengan pernyataan doktor itu.

"Saya ingat saya pengsan sebab demam...", ucap Yeoreum.

"Sebab utamanya ialah stres. Mungkin stres cik bertambah sebab cik tidak sihat.", Yeoreum mengangguk tanda mengerti. "Cik boleh discharge tapi saya nasihatkan cik banyakkan berehat. Kerja tu kerja juga, tapi jaga kesihatan."

"Ah, kami cuba telefon penjaga cik Yeoreum. Tapi kebanyakannya tak berangkat. Cik kena ada penjaga untuk uruskan borang dan segala bil."

Kening Yeoreum berkerut. Siapakah yang ditelefon oleh pihak hospital tetapi tidak berangkat?

"Tak apa, saya telefon sendiri. Telefon..." Jururawat itu menunjukkan ke arah meja di tepi katil Yeoreum. Yeoreum mengangguk manakala doktor dan jururawat itu berjalan pergi.

Yeoreum menghidupkan telefon bimbitnya. Dia tersentak. 10 panggilan tidak berangkat daripada ayahnya.

5 panggilan tidak berangkat dari adiknya, Gyeoul dan Bomi.

Apa yang sudah jadi? Dengan debaran di dalam dada, dia menelefon ayahnya.

"Hello, papa... Kenapa banyak missed call? Sorry, Yeoreum tertidur...", Yeoreum berbohong. Mustahil dia mahu berterus-terang.

"Yeoreum... Mama masuk hospital."

Luruh hati Yeoreum mendengar ayat daripada ayahnya itu. Dia menutup mulutnya. "Kenapa mama masuk hospital? Mama okay ke? Mama kena darah tinggi lagi ke?", bertubi-tubi soalan Yeoreum tanya kepada ayahnya.

SELEBRITI. » park jiminDove le storie prendono vita. Scoprilo ora