x. Kau buat aku keliru.

151 19 7
                                    

Yeoreum memasukkan fon telinga ke dalam lubang telinganya, kaki melangkah ke arah stesen kereta api bawah tanah. Kakinya menunggu di belakang garisan yang ditetapkan. Jarinya menyeret skrin, pandangannya tertumpu ke atas skrin telefon bimbit di tangan.

Dia membaca kemaskini terbaru tentang selebriti kegemarannya, ada kalanya tersenyum sendiri jika ada video lucu yang dilihat. Kemudian, dia terhenti pada satu post.

"Oh... Dah keluar?", gumam Yeoreum sendiri. Belum sempat dia memproses  post itu, kereta api pun tiba. Pintu terbuka dan ramai penumpang berpusu-pusu untuk menaiki kereta api termasuk Yeoreum.

Walaupun masih awal pagi, tetapi sudah ramai penumpang di dalam kereta api. Waktu puncaklah katakan. Yeoreum tidak dapat tempat duduk kosong maka dia hanya berdiri.

Penyanyi dan pelakon, Park Jimin akan berganding dengan pelakon, Kim Seulgi untuk sebuah drama romantik komedi yang berlatar belakangkan sekolah menengah awal Julai depan.

Yeoreum tersenyum kecil, tidak sabar untuk menunggu hasil drama itu sepenuhnya nanti.

Dia tiba di stesen yang ditujunya. Langkah kaki Yeoreum keluar daripada kereta api lalu keluar dari stesen kereta api. Pandangan Yeoreum jatuhkan pada jam tangan miliknya.

Lebih kurang setengah jam lagi daripada masa yang ditetapkan oleh staf penggambaran. Yeoreum mengambil bas untuk menuju ke highschool tempat penggambaran drama berjalan.

"Perpustakaan...", gumam Yeoreum sendiri sambil matanya melilau mencari di celah mana terletaknya perpustakaan sekolah itu. Selepas bertanya arah, barulah Yeoreum terjumpa dengan perpustakaan.

Namun, belum sempat Yeoreum menolak pintu perpustakaan, ada dua orang pelajar perempuan mencuit bahunya. Kepala Yeoreum pun menoleh.

"Cik. Cik ni... Penulis drama ni kan?", salah seorang pelajar perempuan itu bertanya. Yeoreum mengangguk dengan teragak-agak, kerana perkara ini sepatutnya masih dalam tempoh rahsia dan tidak sepatutnya diketahui oleh mana-mana pihak media.

"Ni.", mereka menyerahkan dua buah kotak yang dipegang kepada Yeoreum menyebabkan Yeoreum terpinga-pinga. "Jimin pelakon utama cerita ni kan? Tolong bagi ni dekat dia tau?", pinta dua orang pelajar perempuan itu dengan bersungguh-sungguh.

Yeoreum hanya tersenyum kecil sambil mengangguk. Senyuman dua orang pelajar perempuan itu melebar. "Terima kasih kak!", ucap pelajar perempuan itu lalu menundukkan badan. "Bagi tau dekat Jimin?", pesan mereka lagi. Yeoreum mengangguk.

Mereka pun berjalan pergi dengan pantas bersama tawa kecil menyusul mereka.

"Kejap. Itu uniform sekolah lain. Diorang datang sini semata-mata nak bagi ni?", gumam Yeoreum sendiri sambil memandang kotak hadiah yang berbalut cantik di tangannya itu.  Sebuah keluhan meniti di bibir Yeoreum.

Dia pun melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Kelihatan set kamera sedang didirikan dan staf sedang sibuk memasang kamera.

"Yeoreum!", Taehyung dari jauh melambai kecil sambil tersenyum lebar. Taehyung lengkap memakai pakaian seragam sekolah yang terletak elok di badannya. Yeoreum hanya tersenyum kembali sebelum berjalan ke arah Taehyung disudut perpustakaan.

"Oh? Kau dapat hadiah ke?", soal Taehyung dengan penuh minat apabila melihat Yeoreum memegang kotak hadiah di tangan. Yeoreum hanya meletakkan kotak hadiah itu diatas meja.

Haih, kenapalah mamat ni peramah sangat? Padahal aku bukannya rapat pun dengan dia bila waktu sekolah rendah. Kebetulan aku pernah suka dia sahaja.

"Jimin mana?", soal Yeoreum sambil menyelukkan tangan ke dalam poket sweater. Sengaja dia tidak menjawab soalan Taehyung. Boleh tahan sejuk juga penyaman udara di dalam perpustakaan ini. Kontra dengan musim panas di luar sekarang.

SELEBRITI. » park jiminजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें