xx. Sayang.

161 18 1
                                    

"Park Jimin! Apa ni?!", itu ayat yang menyedarkan Jimin dari tidur. Mata Jimin buka dengan perlahan, jelas dia masih mamai. Pengurusnya siap menghunus-hunus telefon bimbit ibarat pedang dengan artikel Dispatch.

"Apa dia...", rungut Jimin sambil tangan menggaru kepala.

"Apa benda pasal kau bercinta kali ni? Betul ke ni?", suara pengurusnya jelas marah dan geram.

"Betullah..."

"Betul?!"

"Ah! Kenapa? Selebriti pun manusia! Nak bercinta juga pun tak boleh?", dengan geram Jimin berkata.

"Bukan tak boleh... Tapi, boleh tak kau bincang dengan syarikat dulu? Benda macam ni...", bebelan pengurusnya yang seterusnya sudah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tangan Jimin mengorek sedikit telinganya sambil menguap luas.

"Selebriti pun kena minta izin ke kalah nak bercinta? Apalah...", gumam Jimin.

•••

"Aera!", Taehyung menegur dengan mesra tetapi Aera hanya berjalan laju melepasinya. Terkebil-kebil Taehyung dibuatnya. Tangan Aera memegang erat telefon bimbit. Tujuannya hanya satu.

Suasana pagi yang boleh dikatakan nyaman walaupun musim sejuk tidak Aera hiraukan. Hatinya sedang panas.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia terus masuk. Yoongi yang baru ingin meletakkan beg diatas kerusi menoleh ke arah Aera.

"Haih, dah kenapa cari aku pagi-pagi?", soal Yoongi sambil tersenyum. Aera terus menuju ke arah Yoongi lalu menayangkan skrin telefon bimbit ke wajah Yoongi.

"Could you fucking explain this to me?", tanpa dapat ditahan Aera mencarut. Dahi Yoongi berkerut lalu mencapai telefon bimbit Aera.

"Apa dia... What the fuck."

Aera melepaskan tawa sinis sambil menyilangkan tangan, memeluk tubuh. Aku dah agak dah, reaksi Yoongi akan jadi begini. "Aku dah agak dah. Jimin tu dia tak bagi tahu syarikat kan pasal benda ni?", geram Aera bertanya. Yoongi melepaskan sebuah keluhan sambil membaca artikel Dispatch itu. Terang lagi bersuluh bahawa Cik Han yang dimaksudkan ialah Han Yeoreum.

"Kau tahu perangai mamat tu macam mana."

Disappointed but not shocked, indeed.

"Tapi, kenapa kau datang jumpa aku?", Yoongi bertanya.

"Lepas baca artikel ni, kalau ikutkan hati aku, memang aku terus nak pergi dekat Yeoreum, suruh dia jelaskan semua benda. Tapi, bila aku fikir balik, mustahil ini semua salah Yeoreum. Mesti Jimin tu punya fasal.", sesedap sahaja Aera mencipta kesimpulan.

"Jadi?", Yoongi memeluk tubuh, masih tidak mengerti.

"Bagi tahu aku mamat tak guna ni ada dekat mana."

"BigHit?", teragak-agak Yoongi menjawab. Terus Aera berjalan keluar dari bilik pensyarah itu meninggalkan Yoongi yang terpinga-pinga.

"Mhm, memang itu Choi Aera. Dia memang jenis yang tak kisah tinggalkan boyfriend dia demi kawan dia. Mhm.", bebel Yoongi sambil terangguk-angguk.

•••

"Encik, tolonglah bagi saya masuk, ya? Saya kena cakap hal penting dengan orang dekat dalam tu...", pinta Aera sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya. Dua orang pengawal lelaki berdiri tegak di hadapan Aera.

"Tak boleh, cik. Kalau cik nak masuk, cik kena guna pas pekerja atau masuk dengan pekerja di bangunan ini.", dengan tegas salah seorang pengawal itu berkata. Aera meraup rambutnya.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now