v. Kau memang teruk, Park Jimin.

244 26 47
                                    

"Aku rindu kau, Han Yeoreum."

"Aku rindu kau sangat-sangat."

Yeoreum turut memandang tepat wajah Jimin di dalam bilik yang kelam itu. Dia dapat melihat sebuah kesan lebam hampir berwarna ungu di tepi dahi Jimin. Sebab kemalangan tadikah?

"Kau memang suka hati je eh pegang tangan anak dara orang?", perli Yeoreum sambil menarik tangannya dari genggaman Jimin. Jimin turut menarik kembali tangannya. Yeoreum dapat merasakan pandangan Jimin terhadapnya namun Yeoreum hanya memandang ke depan, ke arah dinding.

Yeoreum memeluk kakinya, berasa agak tidak selesa apabila diperhatikan sebegitu.

"Kau okay ke?", tiba-tiba Jimin bertanya. Kepala Yeoreum menoleh ke arah Jimin.

"Tak okaylah dah aku tengah duduk dengan kau.", selamba Yeoreum membalas.

"Kau tak cedera ke? Kau kan dah tak lari sejak kau luka teruk waktu sekolah dulu sebab lari." kata Jimin. Dahi Yeoreum berkerut apabila mendengar ayat yang dituturkan oleh Jimin.

Macam mana dia boleh ingat? Benda tu nak dekat lapan tahun lepas aku rasa. Dia ingat?

"Hei, Park Jimin!", Yeoreum merenung hoodie miliknya yang berwarna putih suci kini terpalit dengan sos cili. Jimin yang sedang mengunyah kentang goreng dicicah sos cili kini terpaku.

"Maaf.", Jimin kini mula berdiri, tetapi bibirnya kini tersengih.

"Hoodie kegemaran aku ni!", Yeoreum kini mencapai tisu untuk mengelap sos yang terkena hoodie. Para pelajar Geumdo High School yang menyertai perkhemahan ke kawasan tanah tinggi itu menoleh ke arah Jimin dan Yeoreum.

"Sorry, sorry. Serius aku tak sengaja.", namun Yeoreum langsung tidak mengambil serius kerana sengihan Jimin melebar. Yeoreum turut mula berdiri dan mendekati Jimin. Jimin pula menjauhi Yeoreum.

"Kau sengaja kan?", tanya Yeoreum, kini menuding jari ke arah Jimin. Jimin menggelengkan kepala sebelum melarikan diri.

"Park Jimin!", laung Yeoreum sebelum mengejar Jimin.

"Mula dah Yeoreum dengan Jimin tu..."

"Macam budak-budak."

Yeoreum mula mengejar Jimin melalui kawasan jalan tar seperti menuruni bukit. Jimin berlari lebih laju daripada Yeoreum.

"Ah!", Jimin menoleh ke belakang apabila terdengar sesuatu. Yeoreum sudah terjatuh di atas jalan tar. Kaki Jimin muka berlari ke arah Yeoreum.

"Yeoreum? Kau okay tak?", tanya Jimin sambil membantu Yeoreum untuk bangun. Yeoreum berdesah kesakitan, mungkin ada luka dimana-mana.

"Yeoreum. Lutut kau...", mata Jimin terarah ke seluar jeans milik Yeoreum, bahagian lututnya sudah terkoyak dan menayangkan luka yang segar. Kaki Yeoreum mula melangkah setapak namun lututnya terasa seperti jeli. Nasib Jimin masih memegang lengan Yeoreum.

"Kau boleh jalan tak ni?", soal Jimin dengan nada yang risau. Yeoreum tidak menjawab namun mulutnya tidak berhenti mendesah sakit. Airmata bergenang di tubir mata Yeoreum, hanya menunggu masa untuk jatuh.

"Tak boleh jadi ni.", tanpa bertanya kepada Yeoreum, Jimin terus mengangkat badan Yeoreum. Mata Yeoreum membulat kerana terkejut. Jimin terus membawa Yeoreum ke arah tapak perkhemahan. Pelajar yang terserempak dengan mereka menoleh dua tiga kali melihat gaya Jimin yang berani mati itu.

"Jimin! Turunkanlah aku!", Yeoreum separuh berbisik separuh menjerit ke telinga Jimin. Terasa wajahnya tebal berinci apabila Jimin mengangkat badannya dan terserempak dengan pelajar Geumdo High School.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now