ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.

193 25 36
                                    

Yeoreum tiba-tiba berasa cuak sewaktu menaiki lif bersama Jimin di sisi. Mata Yeoreum terkerdip-kerdip, terfikir akan peminat Jimin dan wartawan yang hanya menunggu Jimin untuk masuk ke dalam perangkap. Bibir mula diketap dengan resah.

Ting!

Bunyi lif berdenting menandakan mereka sudah sampai ke tingkat yang dituju membuatkan Yeoreum tersentak. Pintu lif pun terbuka. Ah, sudah. Tanpa menunggu dengan lebih lama, Yeoreum menarik getah yang mengikat rambutnya menjadi tocang.

Hoodie disarung ke atas kepala dan rambutnya dibawa keluar, sebolehnya menutup wajah. Mata Yeoreum ralit memandang sekeliling, memastikan tiada mata mencurigakan yang memerhatikan mereka. Kontra dengan Jimin yang hanya berlagak tenang dengan tangan di dalam poket jeans.

"Apa yang kau tengah buat?", soal Jimin apabila melihat Yeoreum yang berjalan dengan kepala yang acapkali menoleh ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang. Yeoreum yang menutup wajahnya dengan rambut menoleh ke arah Jimin yang menjongketkan salah satu keningnya.

"Tengok kalau ada orang stalk kita... Eh, bukan kita, kau. Macam mana kalau orang fikir kita ada skandal?", ujar Yeoreum, seolah-olah berbisik, takut orang lain terdengar. Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tangan Jimin mula memeluk tubuh. "Kau tahu tak, gaya kau macam ni lagi buat orang curiga, kau relaks dahlah.", Jimin memberi nasihat. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, memikirkan ayat Jimin.

"Ya ke?", Jimin menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan Yeoreum mula mengalihkan sedikit rambut yang menutup wajahnya. Namun, tidak sampai tiga saat kemudian, Yeoreum kembali menutup wajahnya dengan rambutnya yang panjang mengurai.

Kepala Yeoreum gelengkan dengan laju. "Tak, tak. Aku masih kena ambil langkah berjaga-jaga.", kata Yeoreum. Jimin terasa ingin menepuk dahinya sendiri, tidak tahu mahu kata apa lagi dengan perangai Yeoreum.

Ada orang apanya, mereka ada di tempat parkir kereta.

Jimin pun mula mengorak langkah ke arah kereta miliknya yang terparkir. Yeoreum pantas mencapai kunci kereta di dalam poket hoodie lalu menekan punat mangga dibuka. Apa lagi, Yeoreum terus membuka pintu untuk duduk di tempat duduk memandu.

Barulah Yeoreum menghembuskan nafas lega. Kepalanya tersandar pada tempat duduk kereta mewah itu. Jimin membuka pintu lalu duduk di tempat duduk sebelah Yeoreum.

"Tapi, kita nak pergi mana?", tanya Yeoreum sambil kembali mengikat rambutnya. Dia bukan boleh biar rambut lepas lama-lama, terasa serabut dan panas. Jimin menoleh ke arah Yeoreum lalu memerhatikan Yeoreum yang mengikat rambutnya.

Tangan Yeoreum mengetatkan ikatan rambutnya. Kepala Yeoreum menoleh ke arah Jimin apabila Jimin tidak menjawab soalannya. Jimin masih merenungnya.

Jimin tiba-tiba mengangkat tangannya lalu meletakkan helaian rambut Yeoreum ke belakang telinga Yeoreum. Yeoreum terus menjauhkan kepalanya dari tangan Jimin. Dia terasa bulu roma di tengkuknya terus menegak.

"Apa kau buat?", soal Yeoreum.

"Ada rambut kau yang jatuh.", balas Jimin, seperti tiada apa yang berlaku. Yeoreum meneguk liurnya lalu memandang ke depan, tidak ingin memandang wajah Jimin dengan lebih lama.

"Kita pergi makanlah. Piza?", Jimin memberi cadangan.

"Kau gila eh? Piza mestilah ramai orang!", dengan geram Yeoreum berkata. Mamat ni memang pendek akal atau apa, bagi cadangan yang tak masuk akal.

"So?", soal Jimin seolah-olah tidak mengerti. Yeoreum menjulingkan mata, cuba menahan marah di dalam hati.

"Ramai orang, Park Jimin. Kau lupa ke kau selebriti?"

SELEBRITI. » park jiminDär berättelser lever. Upptäck nu