xxxiii. Peluk aku.

205 16 12
                                    

Bebola mata Jimin bergerak perlahan-lahan sebelum kelopak matanya terbuka. Perkara pertama yang dia lihat ialah lantai berwarna kelabu. Dia meneguk liurnya, tekaknya terasa sangat kering. Sudahlah agak panas disini. Keringat sudah membasahi dahi.

Kepalanya cuba diangkat, sebelum dia rasa mencucuk di belakang kepala mula menikam. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Jimin ingin menggerakkan tangannya, namun tidak berhasil. Jimin mula duduk dengan tegak dan membuka matanya dengan luas.

Dia merungut perlahan kerana lehernya turut berasa sakit kerana sudah lama pengsan secara terduduk.

Dia berada di dalam sebuah gudang. Kepalanya menoleh ke belakang, tangannya yang terikat dengan tali meronta-ronta namun tidak berhasil. Ikatannya terlalu kemas. Nafas Jimin naik turun menandakan dia panik.

Kakinya, tangannya diikat dan badannya diikat pada kerusi yang diduduk. Apa yang sudah terjadi? Rasa sakit di kepala kembali apabila dia cuba mengingati perkara yang sudah terjadi. Minda Jimin mula teringat sesuatu.

Yeoreum.

Jimin menoleh ke kanan dan kelihatan Yeoreum, matanya tertutup, kepalanya terlentok ke tepi. Pipi gadis itu kelihatan sembap, mesti dia menangis. Nasib Yeoreum sama seperti dirinya, kaki, tangan dan badan diikat dengan kemas.

Apa yang sudah terjadi?

Minda Jimin perlahan-lahan mengimbas kembali perkara yang berlaku. Dia datang ke rumah Yeoreum dan... Tiba-tiba segalanya menjadi gelap.

Kepala Jimin menoleh untuk memandang sekeliling, kotak-kotak kosong memenuhi pandangan. Adakah mereka diculik? Itu tanggapan pertama Jimin. Tapi kena culik dengan siapa? Siapa yang tergamak menculik mereka?

"Ugh...", rungutan Yeoreum membuatkan Jimin terus menoleh. Perlahan-lahan Yeoreum mula duduk dengan tegak, lehernya terasa sakit kerana tidur diatas kerusi.

"Yeoreum!", panggil Jimin. Perlahan-lahan kepala Yeoreum menoleh ke arah Jimin. "Kau okay ke?", tanya Jimin. Kepala Yeoreum mengangguk lemah.

"Kita dekat mana ni?", tanya Jimin. Badannya digerak-gerakkan, manalah tahu dia boleh lepas daripada ikatan ni.

"Aku... Minta maaf... Jimin...", ucap Yeoreum dengan suara serak. "Aku... Sebab semua ni jadi..."

Dahi Jimin berkerut. "Apa kau merepek ni Yeoreum? Kenapa sebab kau?", bertubi-tubi soalan Jimin tanya.

"Aku... Diorang suruh aku telefon kau... Aku..."

Jimin mula faham akan situasi yang dihadapinya. "Ada orang culik kau... Lepas tu suruh telefon aku?" Yeoreum mengangguk.

"Maaf... Aku tak ada pilihan...", suara Yeoreum serak.

"Tak apa, bukan salah kau. Sekarang ni... Kita kena keluar dari sini.", ujar Jimin. Dia cuba menggerakkan kerusinya mendekati Yeoreum.

"Oho, bro. Mana kau nak pergi?" Tiba-tiba ada suara datang menegur. Jimin terus menoleh dan matanya membulat.

"Kau...", ujar Jimin. Dia tidak percaya dia mengenali wajah itu. Yeoreum serta-merta memandang ke arah gerangan yang menegur.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam yang lebih kurang sebaya mereka, cuma wajahnya kelihatan agak cengkung, kumisnya tidak terurus, sedikit tinggi berbanding Jimin. Rambutnya juga serabai, matanya tiada sinar.

Di belakangnya pula diikuti oleh seorang perempuan yang berkulit putih melepak, rambut pendek yang dipotong paras bawah telinga diikat ke belakang, badannya kurus. Mata tajamnya merenung Jimin dan Yeoreum membuatkan Yeoreum meneguk liur, cuak. Perempuan itu juga kelihatan seperti sama lingkungan umur dengan Jimin dan Yeoreum.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now