vi. Aku tak suka tengok kau marah.

230 27 46
                                    

Tiga orang mata sedang memandang ke arah Yeoreum dengan pandangan yang bosan. Salah seorang duduk sambil bersilang kaki, seorang lagi bermain telefon bimbit, seorang lagi memeluk tubuh sambil memandang Yeoreum.

Yeoreum mengetap bibirnya dengan gelisah, jari-jemarinya bermain antara satu sama lain. Suasana di dalam bilik mesyuarat itu senyap, hanya bunyi kertas diselak memenuhi ruang.

Dia kini berada di mesyuarat pertama antara staf, pengarah dan pembantu penulis. Memandangkan Yeoreum ialah penulis skrip drama yang masih mentah di dalam industri hiburan, maka pembantu penulis yang lebih senior daripadanya akan meneliti skrip dramanya.

Ada kalanya, pembantu penulis itu memandang ke arah satu sama lain dengan penuh makna. Hal itu membuatkan Yeoreum semakin gelisah. Terukkah skrip drama aku?

"Okay... Boleh tahan juga.", ujar salah seorang pembantu penulis wanita. Jujur dia agak kagum dengan skrip drama 1-4-3. Dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk skrip drama jika penulisnya ialah penulis baru. Namun, 1-4-3 mengetengahkan cinta pelajar sekolah menengah yang menarik dan unik.

Yeoreum ternganga, tidak menyangka akan menerima pujian itu. "Ah, terima kasih.", Yeoreum terus berdiri lalu menundukkan badan 90 darjah. Tetapi, Yeoreum tidak mahu gembira terlebih dahulu. Junior mendapat layanan yang baik daripada senior ialah perkara yang jarang dinikmati oleh Yeoreum.

"Awak pasti ini kali pertama awak tulis skrip drama?", tanya pembantu penulis B pula. Yeoreum menganggukkan kepalanya.

"Ya, ini kali pertama saya buat skrip drama. Jadi, kalau ada kekurangan, minta tolong ajar ya?", ujar Yeoreum bersama senyuman. Tiga orang pembantu penulis itu tersenyum sambil berpandangan sesama sendiri.

"Eh, tak perlu. Skrip drama ni dah sempurna. Awak diterima.", ujar pembantu penulis yang ketiga membuatkan senyuman Yeoreum melebar.

Dalam diam, Yeoreum melepaskan sebuah nafas lega kerana segalanya berjalan lancar.

•••

Senyuman Jimin itu sinis. Itu apa yang Yeoreum rasakan sebaik sahaja Jimin melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Jimin menundukkan badan sambil mengucapkan selamat kepada staf yang berada di situ. Secara refleks, Yeoreum turut menundukkan badannya tetapi matanya seboleh berpura-pura tidak mengenali Jimin.

"Selamat datang, hero 1-4-3!", terdapat salah seorang staf berkata membuatkan bilik itu dipenuhi dengan bunyi tepukan yang gemuruh dan sorakan. Yeoreum hanya tersengih dengan kekok sambil menganggukkan kepalanya.

Bangang betul. Ada beratus-ratus pelakon dekat Korea, Park Jimin juga yang jadi watak utama dalam skrip drama aku? Wah, dunia memang membenci aku agaknya.

Kejap. Tak. Kalau dia tak setuju untuk pegang watak utama dalam drama ni, tak ada maknanya. Bermaksud, ini tetap salah Park Jimin.

Yeoreum terasa ingin berlari keluar sahaja daripada bilik ini. Dia tidak ingin untuk menghadap wajah Jimin. Senyuman Jimin yang manis itu seolah-olah mengejeknya.

Jimin menarik sebuah kerusi dan duduk di kawasan yang bertentangan dengan Yeoreum. Bermaksud, jika Jimin mengangkat wajahnya, serta-merta dia akan nampak wajah Yeoreum. Yeoreum mengepal penumbuknya. Ya, dia memang sengaja ambil tempat duduk di situ.

Yeoreum hanya menundukkan pandangannya ke atas meja. Huhu, selamat tinggal Jisoo... BTOB Sungjae...

Baru sahaja Yeoreum sedang mengalami mental breakdown akibat Jimin, sekali lagi pintu bilik mesyuarat di buka. "Heroin kita!", ada suara staf bersorak. Bersama mata yang kuyu, Yeoreum mengangkat wajahnya untuk memandang siapakah yang akan membawa watak Noh Eul di dalam 1-4-3.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now