xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.

130 13 9
                                    

Selangkah demi selangkah Yeoreum ambil untuk menghampiri Jimin. Dia hanya berdiri ditepi meja, memandang Jimin. "Duduklah.", ujar Jimin. Jimin sedang duduk di sudut kafe yang terselindung dari pandangan orang luar dengan hanya satu lampu yang membuatkan tempat duduknya terang.

Airliur Yeoreum teguk sebelum dia menarik kerusi untuk duduk menghadap Jimin. Jimin memandang wajahnya tanpa segan silu tapi Yeoreum kerap memandang ke tempat lain.

Jimin menolak salah satu cawan kertas di atas meja ke arah Yeoreum. "Nah, kopi.", ujar Jimin. Yeoreum baru sedar ada dua cawan kertas diatas meja itu.

"No, thanks. Aku takut aku tak boleh tidur kalau minum kopi.", Yeoreum menolak pemberian Jimin.

"Ah..." Jimin mengangguk kecil, tanda mengerti. Yeoreum mengetap bibirnya, tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan setelah sekian lama mengelak jejaka di hadapannya. Sejujurnya, dia mahu sahaja lari keluar sekarang juga.

Tapi, sampai bila? Sampai bila dia boleh melarikan diri dari realiti? Nafas Yeoreum tarik dan hembus perlahan-lahan sebelum dia akhirnya memandang wajah Jimin.

"Ada apa kau nak jumpa aku?", soal Yeoreum. Jimin tersenyum kecil, lega dengan Yeoreum yang kini bersuara.

Jimin teringat kepada pagi tadi dimana dia datang ke kafe ini untuk bertemu Seokjin.

Langkah Jimin mendekati kaunter sebaik sahaja memasuki kafe Bittersweet. "Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan encik?", ujar pekerja di kaunter dengan ramah. Jimin menanggalkan kaca mata hitamnya membuatkan mata pekerja kaunter itu membulat.

"Encik bukan ke pelakon..."

"Boleh saya jumpa Encik Kim Seokjin yang kerja dekat sini?" Kening pekerja itu terjongket.

"Encik Kim? Pengurus kami? Kenapa?"

"Encik bukan selebriti ke?", tiba-tiba datang seorang pekerja perempuan menyampuk perbualan mereka.

"Dia kata dia nak jumpa Encik Kim."

"Sekejap.", ujar pekerja perempuan itu sebelum berlalu ke dapur. Dia menjengukkan kepalanya, melihat Encik Kim yang mengelap meja.

"Encik Kim." Seokjin mengangkat kepalanya apabila namanya dipanggil. "Ada orang nak jumpa Encik Kim."

"Siapa?"

"Selebriti." Dahi Seokjin berkerut. Dia meletakkan kain yang digunakannya diatas meja sebelum berjalan keluar dari dapur.

Seokjin memeluk tubuhnya apabila dia ternampak Jimin sedang berdiri di hadapan kaunter.

"Ada apa kau nak jumpa aku?", soal Seokjin. Mata pekerja lelaki itu membulat.

"Encik Kim kenal selebriti ni?"

"Tak ada tempat yang lebih private ke untuk kita cakap?" Jelas Jimin tidak menghiraukan kata-kata pekerja lelaki itu. Seokjin melepaskan sebuah keluhan.

"Kita cakap dekat dalam." Seokjin memberi isyarat untuk Jimin masuk ke dalam. Jimin pun mengekori Seokjin masuk ke bahagian belakang kafe sebelum mereka masuk ke dalam tempat penyimpanan barang.

"Menarik juga tempat private yang kau maksudkan." Jimin memandang sekeliling.

"Kau nak apa?" Seokjin tidak menghiraukan ayat Jimin. Mereka bersabung pandangan.

"Tolong aku jumpa Yeoreum."

Tangan Seokjin silangkan, keningnya terjongket. "Dan kenapa aku perlu tolong kau jumpa Yeoreum? Ada apa-apa benda yang jadi antara kau dengan Yeoreum yang aku tak tahu?", satu persatu soalan tajam Seokjin lontarkan.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now