iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.

301 38 18
                                    

"Okay Jimin, peluk bahu Inha dari belakang.", suara jurugambar mengarah Jimin bersama Baek Inha, salah seorang ahli daripada girlgroup yang agak terkenal. Mata Jimin memandang ke arah kamera DSLR yang dipegang oleh lelaki itu.

Pengurus Jimin yag berada di sebalik penggambaran untuk majalah VOGUE itu menjegil ke arah Jimin, jelas memberi amaran. Jelas jurusolek, stylist, semua staf sedang melihat ke arah mereka.

Jimin mendekatkan bibirnya ke arah telinga gadis di hadapannya. "Cik Baek Inha, izinkan saya peluk cik?", tanya Jimin dengan nada suara yang perlahan.

"O-oh?", jelas gadis itu sedikit tersentak apabila mendengar pertanyaan Jimin. "Ah, okay...", gadis itu mengangguk, pipinya terasa sedikit membahang, tidak tahu kenapa. Jimin pun memeluk bahu gadis itu dari belakang sambil melayangkan senyuman yang semanis mungkin ke arah kamera.

Gadis itu turut memegang tangan Jimin sambil tersenyum. "Encik mengecewakan saya.", tiba-tiba gadis itu bersuara ketika kamera sedang berkelip flash nya, mengambil gambar mereka.

"Apa?"

"Encik memang gentleman ke bila penggambaran? Saya expect lebih dari itu.", balas gadis itu, tersenyum ke arah kamera.

"Cik agak saya akan buat sesuatu macam ni?", Jimin memusingkan bahu gadis itu untuk menghadapnya lalu mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu, bibir mereka hampir bersentuhan. Makin galak jurugambar memuji dan mengambil gambar.

Gadis itu tersenyum. "Ini barulah Park Jimin yang saya tahu.", ujar gadis itu, memandang tepat mata Jimin. Jimin kini meletakkan tangan di sekeliling pinggang gadis itu. Kepalanya diteleng sedikit ke sisi.

"Tapi, apa yang patut saya buat? Cik Baek Inha bukan taste saya.", ujar Jimin sambil tersenyum. Mata gadis itu berkerdip-kerdip, tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Wajahnya jelas menahan geram.

"Apa yang encik maksudkan?", tanya gadis itu.

"Cik Baek Inha masih lagi berminat dekat saya?", gadis itu mengangguk lau meletakkan pula tangannya di atas bahu Jimin. Bibirnya didekatkan ke telinga Jimin.

"Lelaki macam encik, senang sahaja.", bisik gadis itu. Jimin tersengih, gadis ini memang tidak mengenal erti takut.

"Maaf, tapi saya tak berminat.", balas Jimin membuatkan senyuman di bibir gadis itu hilang. Seperti tepat pada masanya, penggambaran itu tamat.

"Terima kasih!", staf mula mengucapkan terima kasih kepada satu sama lain. Jimin hanya menundukkan badan kecil tanda terima kasih setiap kali bertembung dengan staf sambil melangkah kembali ke dressing room.

Tangan Jimin mula menanggalkan tali leher yang dipakainya. Pengurus Jimin membuka pintu lalu menghembuskan nafas lega. Nasib baiklah Jimin tidak membuat hal kali ini. Jimin membuka zip begnya sebelum mencapai baju untuk ditukar.

"Baju tu kamu tukar lepas tu bagi dekat akak eh?", ujar salah seorang stylist. Jimin hanya mengangguk sebelum pergi ke tempat menukar pakaian.

Jimin meraup rambutnya sambil tangannya memegang tuksedo yang dipakainya sebentar tadi. Tuksedo itu diserahkan kepada salah seorang stylist. Baru sahaja Jimin ingin duduk diatas sofa yang disediakan, telefon bimbitnya berdering meminta diangkat.

Jimin menyeret signal hijau diatas skrin iPhone XR miliknya sebelum menghenyakkan badan diatas sofa. "Hello?", ujar Jimin sambil menyilangkan kakinya.

"Jimin! Macam mana awak boleh tinggal je saya dekat kelab macam tu?", ada suara perempuan meninggi di hujung talian. Terus Jimin menjauhkan telefon dari telinganya sambil menjulingkan matanya.

SELEBRITI. » park jiminحيث تعيش القصص. اكتشف الآن