xxiv. Trivia bahagian 5.

83 15 0
                                    

to him.

Seokjin meletakkan gelas diatas kaunter sambil memerhatikan wajah Yeoreum

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Seokjin meletakkan gelas diatas kaunter sambil memerhatikan wajah Yeoreum. Yeoreum meneguk minuman yang disediakan oleh Seokjin dengan sekali teguk. Kening Seokjin terjongket.

Ini gelas Yeoreum yang ke-15. Ya, Seokjin mengira.

"You could handle alcohol... Really well.", ujar Seokjin dengan agak kagum. Yeoreum tersenyum, wajahnya masih tidak kemerah-merahan ataupun menunjukkan tanda-tanda yang dia mabuk.

"Aku minumlah banyak mana pun, aku ingat semua benda yang aku buat dengan jelas pagi esok.", kata Yeoreum. Agak ironi, kerana dia mudah terlupa benda tapi dia akan ingat segalanya yang terjadi jika dia minum. Seokjin mengangguk kecil di sebalik kaunter.

"Kau okay?", soal Seokjin secara tiba-tiba membuatkan Yeoreum memandangnya pelik.

"Kenapa? Aku nampak tak okay ke?", tanya Yeoreum kembali. Jimin yang menarik lengan Yeoreum sebentar tadi terlintas di minda Seokjin. Dia tidak tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua, tetapi pastinya bukan perkara yang baik kalau diagak melalui riak wajah Jimin dan Yeoreum.

Senyuman dihadiahkan oleh Seokjin. "Tak ada apa." Seokjin menggelengkan kepalanya.

•••

Mata Jimin berkerdip-kerdip sambil merenung skrin iPhone XR miliknya. Bibir bawahnya digigit menandakan dia sedang memikirkan sesuatu. Tertulis 'hari jadi yeoreum' sebagai peringatan di skrin telefon bimbitnya.

Sebulan lagi, hari lahir Yeoreum. 

Jimin membuang pandang ke luar tingkap kereta. Dia dalam perjalanan ke stadium tempat dia akan menjalankan konsert. "Hyung.", Jimin memanggil pengurusnya yang sedang memandu.

"Mhm?"

"Aku nak tanya sikit..."

"Apa?"

"Apa hadiah hari jadi yang paling sesuai untuk perempuan eh?", tanya Jimin. Pemgurusnya terus menjeling Jimin tajam menerusi cermin pandang belakang.

"Perempuan?", suara pengurusnya meninggi. Jimin menjulingkan matanya.

"Yeoreum, okay? Untuk Han Yeoreum! Hyung ni pun...", pantas Jimin berterus-terang supaya pengurusnya tidak membayangkan benda yang pelik-pelik. Barulah pengurusnya kelihatan sedikit tenang.

"Aksesori?", pengurusnya memberi cadangan. Jimin menggaru kening.

"Yeoreum tak pakai sangat aksesori, kecuali jam...", gumam Jimin.

"Bunga? Coklat? Teddy bear?"

Jimin memandang pengurusnya dengan pelik. "Ingat Yeoreum tu girlfriend ke apa nak bagi coklat bagai?", soal Jimin, tidak percaya dengan cadangan yang diberikan oleh pengurusnya.

"Betul juga.", balas pengurusnya.

Apa hadiah yang aku patut bagi dekat Yeoreum?

•••

behind the scenes of jimin beli hadiah hari jadi yeoreum dan yeoreum first time at club!

SELEBRITI. » park jiminDove le storie prendono vita. Scoprilo ora