xxix. Trivia bahagian 10.

110 15 2
                                    

Sebelum April Fool Jimin kepada Yeoreum.

to him.

"Yeoreum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yeoreum." Jimin mula duduk dengan tegak, wajahnya agak serius, walaupun Yeoreum tidak perasan kerana leka dengan drama yang ditonton di komputer riba.

"Mhm?", balas Yeoreum, tetapi masih tidak mengalihkan pandangan.

"Aku... Aku fikir aku nak serius dengan Harin."

Serta-merta kepala Yeoreum menoleh untuk memandang Jimin. Tangan sebelah menarik keluar fon telinga. Mata Yeoreum membulat.

"Ha?", soal Yeoreum. "Maksud kau..." Kening Yeoreum terjongket.

"Aku akan propose Harin.", ucap Jimin. "Untuk kahwin dengan aku, jadi isteri aku."

Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, agak terkejut dengan perkara yang baru didengari. Juga... Terluka. Kini dia sedar sepenuhnya.

Lelaki di hadapannya tak akan jadi milik dia sampai bila-bila.

Tak lama lagi, dia akan menjadi hak milik orang lain, suami orang lain, berdiri di sisi orang lain, mencintai orang lain. Dan orang lain itu bukan aku. Bukan Han Yeoreum.

Yeoreum tersenyum. "Tahniah. Dah besar kawan aku ni." Yeoreum menepuk bahu Jimin. Jimin memandang Yeoreum pelik.

"Kau tak nak tanya kenapa tiba-tiba aku nak kahwin?" Jimin bertanya, pelik dengan reaksi yang diberi oleh Yeoreum. Dia fikir gadis itu akan mengamuk kerana mengambil ringan soal perkahwinan, tetapi Yeoreum hanya tenang.

"Pada pendapat aku, memang cepat gila korang nak kahwin. Korang date tak sampai dua tahun. Tapi sekarang, cintakan tak mengira waktu. Kalau dah jodoh, takkan ke mana, kan?", balas Yeoreum.

"Lagipun, ini kali kedua dah korang couple.", gurau Yeoreum membuatkan Jimin tersengih.

"Duit pun bukan masalah bagi kau, kan? Aku tak tahulah pasal Harin, tapi kau mesti tak kisah nak buat majlis dekat mana." Yeoreum menyiku lengan Jimin.

Kepala Yeoreum menoleh kembali untuk memandang skrin komputer riba. Dia memang sedih, memang sakit hati, kecewa? Sudah tentu. Tapi, apa yang dia mampu buat sekarang? Tiada apa.

"Sebab tulah... Kau kena tolong aku." Yeoreum memandang Jimin, dahinya berkerut.

Jimin tersenyum. "Tolong aku buat persiapan untuk propose Harin."

•••

Mereka berjalan masuk ke dalam sebuah restoran yang kelihatan mewah walaupun dari luar. Mata Yeoreum ralit memandang sekeliling. Dia dan Jimin diiring ke sebuah meja di sebelah tingkap.

Rahang Yeoreum jatuh. "Cantiknya..." Mata Yeoreum melihat pemandangan kotaraya yang bercahaya seperti bintang pada waktu malam. Kalau pagi, mesti tak nampak. Dia duduk setelah pelayan itu menarik kerusi untuknya.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now