xii. Aku ingin percaya dekat kau.

171 19 23
                                    

"Kim Seokjin?", mata Yeoreum membulat apabila memandang wajah yang dikenalinya itu. Jimin memandang ke arah Yeoreum dan jejaka yang baru ditolongnya sebentar tadi dengan bergilir-gilir.

"Kim Seokjin, kan?", soal Yeoreum sekali lagi.

"Kau kenal dia?", tanya Jimin pula.

"Han Yeoreum.", Seokjin mula mengukir senyuman lebar. Yeoreum turut tersenyum sebelum tertawa kecil.

"Wah... Dah berapa lama kita tak jumpa ni?", dia agak teruja untuk terjumpa dengan wajah yang dikenalinya.

"Itulah... Aku rasa nak dekat tiga tahun dah sejak sekolah menengah.", jawab Seokjin. Jimin pula sedang berteka-teki sendirian diantara mereka berdua.

"Yeoreum, siapa dia?", Jimin mula mencelah. Seperti baru tersedar, Yeoreum memandang wajah Jimin dan Seokjin.

"Ah... Jimin, ini Kim Seokjin. Dia sama sekolah menengah dengan kita dulu. Seokjin, ini Park Jimin.", Yeoreum mula memperkenalkan diri mereka kepada satu sama lain. Seokjin menghulurkan tangan terlebih dahulu sambil tersenyum.

Jimin memandang tangan Seokjin yang dihulur buat seketika sebelum teralih kepada wajah Seokjin yang tersenyum. Akhirnya, Jimin berjabat tangan dengan jejaka itu.

"Selamat berkenalan.", ucap Seokjin. Jimin hanya tersenyum.

"Tapi... Pakaian encik...", Seokjin memandang Jimin dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tangan yang berjabat dileraikan.

"Ah, aku selebriti. Ada penggambaran drama dekat sini.", balas Jimin dengan selamba. Mata Yeoreum menjeling Jimin. Suka hati sahaja dia menggunakan kata ganti nama aku walaupun ini kali pertama dia berjumpa dengan Seokjin. Seokjin melongo tanda kagum.

"Wah... Ya ke? Bolehlah minta autograf, ambil gambar?", Seokjin berseloroh. Jimin hanya menjongketkan bahunya tanda tidak kisah. Yeoreum melepaskan tawa palsu sambil menyerahkan tin minuman milik Jimin yang dipegangnya kepada Jimin.

"Maaf, Seokjin. Suka hati mak nenek dia je ber-aku dengan kau bila ini kali pertama korang jumpa." ucap Yeoreum di sebalik senyuman palsu dan gigi yang diketap sambil menyiku lengan Jimin. "Biarkan dia, dia ni memang kurang ajar.", Yeoreum tersenyum ke arah Seokjin.

Jimin menjeling ke arah Yeoreum. Aku yang bersikap kurang ajar, mengapa kau pula yang perlu minta maaf?

Seokjin menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Eh, aku okaylah! Lagipun, kau cakap kitorang sama umur, aku tak kisah pun.", Seokjin berkata dengan ikhlas.

Jimin memandang pula Seokjin. Dia ni memang baik ataupun dia naif? Ataupun dia berpura-pura baik?

"Tapi, aku pertama kali nampak dia.", ujar Seokjin sambil memandang Jimin.

"Ah. Kita sekelas waktu dia dah pindah sekolah. Dia pindah sekolah sebab dia jadi trainee, sebab tu dia selebriti sekarang.", sekali lagi Seokjin mengangguk tanda mengerti. Jimin meneguk minuman di tangannya, tetapi mindanya tidak mampu berhenti berfikir.

Maksudnya... Seokjin ini sekelas dengan Yeoreum bila aku dah pindah sekolah, begitu?

Apa memori yang mereka kongsi? Setahu aku, Yeoreum bukan senang untuk berkawan dengan sesiapa, lebih-lebih lagi lelaki oleh kerana perwatakannya yang lebih gemar menyendiri dan ada beberapa sahaja kawan yang boleh dipercayai.

"Kau? Kau pula buat apa dekat sini?", soal Seokjin. Seperti baru tersedar, Yeoreum baru teringat kenapa dia berada disini. Penggambaran 1-4-3.

"Aku jadi penulis skrip drama. Jimin berlakon dalam drama tu. Tempat penggambaran dekat sini...", jelas Yeoreum.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now