xxvi. Trivia bahagian 7.

70 16 2
                                    

to him.

Seokjin melangkah keluar dari kereta setelah membuka payung yang dibawanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seokjin melangkah keluar dari kereta setelah membuka payung yang dibawanya. Payung itu melindunginya daripada hujan yang turun dengan renyai pada malam itu.

Bangunan Oh&Park tempat Yeoreum bekerja itu ditujunya. Seperti teringat sesuatu, dia menarik keluar telefon bimbit dari dalam poket seluar slack miliknya. Baru sahaja dia ingin mendail nombor telefon Yeoreum, Yeoreum sudah kelihatan di pintu masuk bangunan Syarikat Oh&Park.

Yeoreum mula membuka blazer yang dipakainya membuatkan dia tersenyum. Mesti Yeoreum terlupa membawa payung. Tipikal Yeoreum.

Kakinya baru sahaja melangkah satu langkah ke hadapan sebelum...

Seseorang berjalan ke arah Yeoreum lalu memayung gadis itu. Mata Seokjin hanya memerhatikan jejaka itu selamba memeluk bahu Yeoreum lalu berjalan ke arah sebuah kereta.

Itu... Kereta Jimin.

Seokjin kenal akan nombor plat dan rekaan kereta itu. Itu kereta sama yang Jimin pandu ketika double date mereka di Everland.

Kepala Seokjin tertunduk memandang jalan yang basah. Kelam dan kelabu, sama seperti hatinya kini. Tidak lama kemudian, telefon bimbit di tangan bergetar. Ada mesej yang masuk.

My Summer 💕
kau tak payah ambil aku dari kerja harini tau?
aku balik dengan kawan aku

Kawan, huh?

•••

cries in neo jigeum baro get it 😭💔

BERITA BAIK!!!

SELEBRITI KINI MENYERTAI WATTYS 2019 YA ALLAH TERIMA KASIH SEMUA TANPA SOKONGAN KALIAN MEMANG TAKKAN KEMANA 😭😭😭💕💕💕💘💕💗💖💟

cuma penyertaan, tapi terharu dia tu ya ampun


terima kasih, terima kasih, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang setia membaca dan menyokong buku ini. sayang korang sangat-sangat.

kinda late and last but not least, happy eid mubarak everyone! #eidwithluv

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now