-03-

557 37 6
                                    

Sambil memejamkan mata,lima jari pada tangan kanannya itu mengetuk-ngetuk bingkai tingkap kenderaan SUV hitam itu yang sengaja diturunkan cerminnya, menghasilkan irama tertentu yang tidak membawa maksud apa-apa.Angin yang bertiup sedikit keras membawa bersama aroma laut yang bergaram dan sedikit kering.

Tiga buah kenderaan SUV berwarna hitam itu diparkir tidak teratur di atas permukaan berbatu yang kasar mengapit sebuah lori yang bertutup penuh.Nun di bawah sana,sebuah pantai berbatu yang landai terbentang lebar didalam kegelapan malam manakala bunyi deburan ombak kedengaran dari kejauhan.

Dari kejauhan sayup-sayup dibawa angin kedengaran bunyi enjin bot semkin menghampiri teluk berbatu itu.Salah seorang daripada lelaki berkot hitam itu keluar dari dalam perut kenderaan SUV dan mengeluarkan binokular dari koceknya dan kemudian melekapkan ke matanya,cuba memastikan apakah bot yang semakin jelas lampu pada anjungnya itu adalah bot yang ditunggu mereka atau bukan.

Sinaran lampu picit mengerlip pantas dua kali.Jeda seketika dan mengerlip lagi sekali tetapi dalam tempoh hampir lima saat sebelum padam dan menyala lagi dalam jeda masa yang sama.Padam sebentar.Lalu menyala lagi dua kali dalam jarak yang pantas menghantar kod khas yang membawa makna tanda soal (?) .Begitu salah seorang daripada anak kapal menghantar isyarat kepada mereka yang berada di darat.

Lelaki itu menghulurkan binokular kepada seorang lagi rakannya yang berdiri di sebelahnya yang juga ikut meninjau kedatangan bot tersebut seperti mana arahan yang mereka terima lewat petang tadi.Lampu picit dikeluarkan dan dia membalasnya.Dengan isyarat begitu,dia pasti bot tersebut adalah bot yang ditunggu mereka sejak awal malam tadi.

Lampu picit ditekan dan dimatikan pantas beberapa kali membawa makna CHARLIE . Satu isyarat yang difahami mereka sebagai Clear yang bermaksud keadaan selamat untuk bot mendarat.Selepas menghantar kod terakhir, keadaan di teluk berbatu itu kembali gelap-gelita dengan bunyi bot semakin jelas dalam kegelapan.Lelaki yang menghantar kod sebentar tadi sedikit berlari anak menuju ke sebuah kenderaan SUV di pinggir jalan.

" Tuan.."

Dia memperlahankan suara tetapi cukup untuk didengari oleh lelaki muda tersebut yang kelihatan sedang menutup matanya dan mengetuk-ngetuk bingkai tingkap kereta dengan jari-jemarinya.Sebaik lelaki tersebut membuka mata, dia menundukkan kepalanya hormat.

" Bot sudah sampai, Tuan.."

Lelaki yang disapa dengan panggilan tuan itu tidak menyahut . Hanya menggumam perlahan namun difahami oleh lelaki yang satu lagi sebagai tanda dia mendengarnya.Kerusi belakang kenderaan SUV ditegakkan kembali dan sambil dia menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan,jari telunjuknya menggaru kening.

Dari biasan sinar bulan yang samar cincin yang melingkari jari telunjuknya berkelip seketika.Cincin daripada material platinum yang berukir dengan motif satu lingkaran berbentuk bujur dan terdapat bulatan ditengah-tengahnya sementara di tengah bulatan itu tertera jelas huruf T dalam ukiran yang timbul.

Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah,dia kembali mengancingkan butang kot hitam labuh yang dikenakannya dan berdiri tegak memerhatikan lampu pada anjung bot semakin hampir dengan tempat pendaratan.

Dua orang lelaki berpakaian sama berdiri di kanan dan kirinya.Mengapitnya dengan siaga bersama selaras senjata berkapasiti jarak sederhana dengan peluru penuh 20 butir.

Walaupun dapat dipastikan bahawa keadaan sentiasa terkawal dalam urusan mereka setiap kali seperti selalunya, mereka tetap sahaja berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku apatah lagi dengan insiden penyerbuan kilang mereka di Sektor 2 Pangea Utara tempoh hari.

Bot merapati tempat pendaratan dan tiga susuk tubuh pantas melompat turun pada tempat yang sedikit surut airnya.Tangan salah seorang daripada mereka pantas menangkap tali yang dicampakkan kepadanya dan menambat tali besar itu ke sebuah batu yang berceracak separa timbul di permukaan air sementara dua lagi lelaki sedikit berlari anak menuju ke arah beberapa susuk tubuh yang berderet tegak memerhatikan mereka.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now