-34-

306 35 17
                                    

" Ara !!!"

Suara itu kedengaran lagi di belakang kepalanya membuatkan Ara terlonjak bangun dan tertoleh-toleh ke kiri dan kanannya.Suara Ryo !

Perkara pertama yang disedari Ara adalah dia tidak lagi duduk diikat menggunakan tali kasar pada sebuah kerusi tetapi sebaliknya sedang berada di atas sebuah pangkin kayu yang beralaskan sehelai baju labuh bercorak petak-perak biru putih.

Ruangan tersebut bukan pula bilik gelap dengan deretan lilin merah yang disusun membentuk pentagram sihir dan tidak ada corak aneh pada dinding seperti kali terakhir dilihatnya sebelum dia diserkup kegelapan di mana-mana melainkan sebuah bilik sederhana yang hampir kosong dengan hanya satu pangkin dan meja yang diapit beberapa buah kerusi kayu.

Dari tingkap yang terbuka,sinaran matahari pagi menerobos masuk membawa aroma aneh pelbagai bau yang bercampur pula dengan bau lumpur yang basah.Api pada pendiangan hampir padam menyisakan bara yang malap diantara timbunan abu berwarna putih kehitaman.

Ara bingkas perlahan-lahan sambil membelek kedua-dua pergelangan tangannya.Walaupun luka dalam yang mengalirkan darah itu sudah mengering,namun Ara masih merasakan tubuhnya berat dan setiap kali dia hendak berdiri,pandangan matanya mendadak berkunang-kunang sehingga memaksa dia untuk duduk semula dengan kasar.

Rasa pening yang membuatkan siling kayu yang disusun rapat antara satu sama lain ruangan tersebut berputar dalam penglihatannya membuatkan Ara berbaring semula dan meringkukkan diri diatas pangkin tersebut.

Dalam keadaan begitu, Ara tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri jika ternyata orang yang membawanya ke bilik tersebut mempunyai niat untuk mencelakakannya seperti sebelum ini.

" Ara.."

Satu suara kedengaran dan dapat dia merasakan ada tapak tangan yang hangat menempel pada dahinya.Dalam keadaan matanya yang masih terpejam,deria baunya pantas menangkap bau-bauan aneh yang sepertinya pernah dihidunya lama dulu.Terutama sekali bau gabungan antara mawar dan teratai putih yang begitu kuat menusuk hidungnya.

" Bangun dulu dan cuba untuk makan sesuatu."

Dan kemudian ada sepasang tangan yang mengampu berat badannya agar dia duduk dengan perlahan.Pandangan mata Ara yang berpinar cuba dihilangkan dengan menggerak-gerakkan kepalanya dan kemudiannya Ara membuka kelopak matanya.

Dihadapannya,berderet tujuh raut wajah yang serentak memandangnya dengan gusar.Ara terpegun dan akalnya bagaikan terhenti untuk seketika.

Cecep atau Mark yang berambut hitam dengan gabungan warna ungu yang disikat menyerlahkan dahi.

N yang berambut perang kehitaman.

Ryu masih dengan rambut hitam kecokelatan yang ditata menutupi dahi.

Ken dengan rambut hitam pekat dan kaca mata yang bertenggek pada ruas hidungnya yang mancung.

Rein yang setia dengan dandanan rambut seperti payung cendawan yang hitam sedikit kemerahan.Wajahnya masih sama .Cerah dengan satu bintik tahi lalat dibawah mata kirinya.

Dan di sebelahnya berdiri tubuh kekar Vixx yang terampil dengan rambut hitam bernuansa cokelat karamel.

Lalu ada wajah Aiiden dengan rambut hitamnya dengan sedikit warna keabu-abuan yang lebih hampir kepada warna perak.

Akhir sekali ada wajah Eiiden yang menatapnya gusar dan tidak ada lagi Eiiden yang berambut hitam kemerahan melainkan dalam wajah sama tetapi berambut  warna gabungan antara hitam dan hijau pekat.

" Wah...peliknya mimpi ni."

Ara menolak tangan Eiiden yang menompang bahunya dan kembali berbaring seraya menarik baju biru hitam diatas pangkin sehingga menutupi kepalanya.Menutup mata dengan kejap tanpa memperdulikan ada suara-suara berbisik yang tidak jelas butir bicaranya.Berdengung-dengung sahaja pada pendengaran Ara .

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now