-04-

488 39 0
                                    

Dentuman keras muzik daripada persembahan langsung di atas pentas yang kuatkan lagi dengan pembesar suara di setiap penjuru ruangan tersebut sedikit pun tidak mengganggu ratusan pengunjung yang berada disitu.

Rentak keras daripada muzik techno , ruangan yang sesak dengan susuk tubuh lelaki perempuan yang meliang-liuk dan menghayun tubuh mengikut rentak ,ruangan samar yang hanya disinari oleh kelip lampu neon yang juga mengikut rentak muzik, bau asap bercampur bau minuman keras , wangian yang meruap daripada para pengunjung serta tawa keras dan susuk tubuh pengunjung wanita yang hanya ditutupi pakaian belasan inci di atas pusat dan beberapa inci dari pinggang ke bawah tidak diperdulikannya.

Dua susuk tubuh sepasang lelaki dan wanita muda dalam lingkungan umur pertengahan 20-an itu sudah diekorinya sejak beberapa minggu yang lepas sehingga dia hafal benar rutin kehidupan pasangan muda itu.Menyusuri kehidupan malam metropolitan dan mengumbarkan wang sesuka hati seperti mereka punyai kekayaan yang tidak akan habis di belanjakan oleh tujuh keturunan mereka yang seterusnya.

Dari gerak tingkah dan gaya penampilan lelaki muda tampan itu sahaja dia sudah tahu bahawa lelaki itu berasal bukan daripada golongan biasa-biasa.Pakaian daripada jenama terkenal menyarung tubuhnya.Dengan rambut diwarnakan merah menyala, nyata susuk tubuh berkulit licin dan cerah itu kelihatan begitu menonjol diantara pengunjung pusat hiburan tersebut.

Tubuh lelaki itu tidak terlalu kurus dan tidak terlalu berisi.Ideal dengan ketinggiannya .Ditambah pula dengan kemeja hitam berkolar tinggi yang mengapit lehernya hingga ke dagu dan dilengkapinya gaya itu dengan menyarung pula jaket kulit yang berkilat dengan perincian rumit hasil tangan pakar,subang pada telinga kanan,gelang perak di pergelangan kiri, jam berjenama terkemuka di pergelangan tangan yang satu lagi serta solekan tipis pembayang mata gabungan antara warna cokelat muda dengan warna gangsa kontras sekali dengan warna kulitnya yang cerah tanpa cela dengan sepasang bibir yang kemerahan.Kasut yang melekap pada kakinya juga dikeluarkan oleh pereka terkenal malah kenderaan yang dipandu lelaki tersebut adalah kenderaan berwarna merah hitam dengan harga belasan juta NSE.

Pasangan wanitanya tidak kurang hebat.Seperti lelaki muda itu, wanita tersebut juga berpenampilan paling menonjol.Rambut panjangnya diikat tinggi dengan sepasang subang bulat besar berayun-ayun tergantung di cuping telinganya.Solekannya terang dengan pembayang mata berwarna gelap tetapi dilengkapi dengan polesan gincu merah darah dan menambahkan kesan kontras dengan kulitnya yang juga cerah hampir kepada pucat.

Pakaian hitam yang mengapit tubuh langsing wanita itu disudahi pula dengan sepasang seluar kulit yang licin berkilat serta boot hitam yang bertumit dan berzip penuh. Jemari runcing dan tirusnya dihiasai cincin dan kukunya diwarnakan hitam .Sungguh satu gabungan penampilan yang jelas memperlihatkan status mereka yang bukan calang-calang.

Saling berdesakan dengan bahu bergesel diantara mereka membuatkan hidung lelaki tersebut sesak namun sepasang matanya tidak lepas memerhatikan kedua-dua susuk tubuh itu.Dari sudut gelap yang terlindung, dapat dia melihat lelaki berambut merah itu menghampiri bar dan segera memesan sesuatu dari bartender.Meneguk sekaligus minuman yang dihidangkan dan memesan lagi.

Pada gelas kedua tampak dia lebih perlahan dan dengan gelas tersepit pada jarinya, lelaki itu berpusing daripada menghadap wajah bartender kepada kedudukan menyandarkan belakangnya ke meja sambil melilaukan penglihatan ke segenap ruangan.

Sementara si wanita itu sudah meliang-liuk dalam keriuhan ruangan tersebut dan melingkarkan tangan nya ke leher seorang lelaki.Mendekatkan wajah seakan berbisik sesuatu sebelum lelaki tersebut kelihatan dengan senang hati merangkul pinggang ramping wanita jelita itu .Meredah ratusan susuk tubuh yang terbuai dengan hiburan malam dan tidak segan silu mempamerkan kelakuan tidak senonoh mereka seperti sedang mempamerkan sesuatu yang boleh di banggakan.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now