-38-

295 33 21
                                    

" Seperti yang saya janjikan.."

Ryo  mengeluarkan beberapa benda daripada beg yang disandangnya dan meletakkan satu persatu diatas meja kopi yang rendah di ruang tamu villa tersebut.Hampir serentak,leher N dan Aiiden memanjang ke arah meja.

Di atas meja kopi,tergeletak beberapa benda dan salah satu daripadanya adalah beberapa keping kad berukuran kad kredit dengan cip mikro kelihatan dibahagian tengah kad tersebut sedangkan pada bucu kanan terpampang wajah tiap salah seorang daripada mereka dan ada nama masing-masing tertera dengan huruf timbul berwarna biru tua.Tangan N terhulur dan satu demi satu dia mengagihkan kad tersebut kepada pemilik masing-masing.

" Dan ini pula nombor pendaftaran kenderaan yang baru."

Ryo menyeluk lagi ke dalam beg dan mengeluarkan dua keping plat berwarna hitam yang tertera nombor pendaftaran kenderaan dalam deret aksara dan nombor berwarna putih susu.

Eiiden yang menyambut huluran kad identiti tersebut memerhatikan dengan saksama serta membandingkan dengan kad identiti yang dimiliki oleh Ara.

Seratus peratus sama dan tidak ada sebarang perbezaan.Melihat hal tersebut membuatkan dia menyedari Leftenan Ryo pasti sudah berurusan dengan sindiket bawah tanah pemalsuan identiti yang bukan alang-alang.

" Untuk Mark.."

Lelaki itu menghulur lagi dua pemacu cakera keras berukuran saiz ibu jari kepada Mark yang berdiri tegak di samping Ken.Satu daripadanya berwarna perak metalik dan satu lagi berwarna biru hitam.Mark menyambutnya dengan satu anggukan kecil.

"Satu daripadanya adalah perisian khas bagi membolehkan Mark memasuki sistem kerajaan.Yang berwarna biru-hitam adalah butiran yang saya kumpulkan setakat ini.."

" Virus penggodam.." Sahut Vixx dari sebelah Ara " Perisian khas tu kedengaran terlalu sopan.Tak begitu,Tuan?"

" Saya akan kekal menggunakan istilah itu bagi mengurangkan rasa bersalah kerana sudah melanggar belasan undang-undang dalam usaha untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan .."

Ryo menjawab pantas dengan menyeringai sekilas sehingga Rein tertawa kecil." Juga ada cetakan biru pelan bangunan Biro Penyelidikan Sains Antarabangsa."

" Dari mana Tuan dapatkan semua ini?"

Ara mencapai satu persatu benda yang dikeluarkan dari dalam beg hitam tersebut dalam pandangan kagum.

" Anggap sahaja saya beruntung kerana ahli-ahli dalam Alfa Team  yang pernah saya ketuai dulu sudah cukup gila untuk mempercayai saya dan saya pula berjaya meyakinkan mereka dalam rancangan menyelinap ke Biro Penyelidikan Sains Antarabangsa itu adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah Virus Hybrid yang semakin merebak itu."

" Veei?"  Ryu menyampuk.

"Dia diletakkan dalam Program Perlindungan Saksi Biro Keselamatan Persekutuan.Setakat ini saya percaya keadaan adalah selamat"

Jika Ara dan yang lain-lain tertarik dengan benda-benda yang diraih Ryo dari dalam begnya,Ken juga Ryu senyap-senyap memerhatikan satu lagi susuk tubuh lain yang mengekori Ryo turun dari perut kenderaan yang dipandunya.Hunter.Begitu Ryo dan Ara memperkenalkan pemuda yang satu itu.

Ken sempat hairan dengan penampilan Hunter.Ken tidak pasti tentang hal tersebut didalam dunia manusia tetapi di dunia sebelah sana,berjalan ke sana-sini tanpa menanggalkan penutup mulut dan menurunkan hud jaket labuh itu pasti bukan satu tindakan yang normal melainkan dia sedang menyembunyikan wajahnya yang sebenar hanya atas dua alasan yang paling berkemungkinan.

Satu-wajahnya mengalami kecederaan dan dia menganggap hal tersebut akan mengganggu jika dia menampilkan wajah sebenarnya kepada orang lain.

Dua-dia tidak mahu orang mengenalinya atas alasan yang hanya dia sendiri mengetahuinya.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now