-45-

261 27 13
                                    

Melihat kepada deretan batu-batu kecil berwarna putih yang leper dan tersusun mengikut corak tertentu pada permukaan papan segiempat di atas meja rendah dihadapannya itu,matanya menggerenyat dan hampir serta-merta senyum sinis tersungging dari ulas bibirnya.

Pada penglihatannya,batu-batu leper itu adalah tidak ubah seperti manusia yang akan membawanya menuju ke arah kejayaan kepada sebuah rancangan yang sudah lama diaturnya puluhan tahun dahulu manakala papan segiempat tersebut pula adalah seluruh representasi kepada sebuah permainan yang direka khusus untuk dia memenanginya.

Dan sudah pasti,dalam permainan perang minda dan strategi begitu-akan ada pihak yang akan dikorbankan sebagai batu loncatan kepada euforia kemenangan yang diidamkan oleh setiap pemain.

Sambil matanya menyeluruhi papan licin segiempat dihadapannya itu,wajah-wajah para 'tentera' yang akan menjayakan rancangannya dalam perang maya itu melintas dan apabila wajah Keii memintas ingatannya membuatkan dia tertawa kecil.Barangkali di antara sekian banyak buah catur yang dia miliki, Keii adalah buah catur terbaik yang dia ada.

Segala apa yang berlaku kepada anak tersebut belasan tahun yang silam seperti memihak kepadanya dan tangis lirih Keii serta-merta menjadi curahan ilham dan kebijakan yang sehingga kini sangat dibanggakannya.

Siapa sangka.Hanya dengan sedikit helah yang paling kecil pun, anak naif itu memasuki perangkap yang dipasangnya melalui Erytheia.Betapa anak yang sedang terpuruk itu jatuh begitu sahaja ke dalam genggamannya hanya dengan helah paling mudah.

Memilih sebutir batu  hitam yang menjadi buah kepada permainan Mov daripada puluhan batu lain yang terdiri daripada pelbagai warna dan menanamkan kepercayaan ke dalam diri anak tersebut bahawa kedatangan Erytheia adalah sebagai susuk pelindung kiriman sang ibu yang ditandai melalui satu keajaiban bagaimana Keii mampu memilih sebiji batu yang hitam daripada puluhan batu berwarna yang lain dengan kebarangkalian sangat mustahil.

Dan kebijakan dalam helah tersebut adalah sebenarnya didalam uncang kulit tersebut tidak ada sebutir pun batu kecil yang leper itu mempunyai warna lain selain daripada warna hitam !

Benarlah tanggapannya selama ini bahawa mereka yang sedang berada dalam keadaan terdesak akan berada pada satu titik paling rendah dalam pertahanan diri.Walhal dia adalah perancang kepada seluruh kejadian tersebut walaupun ada kalanya dia tidak melakukan pekerjaan tersebut secara langsung.

Hanya dengan imbuhan sejumlah wang ,ada terlalu ramai orang baik daripada kalangan Bangsa Athos ataupun daripada bangsa manusia yang sanggup melakukan kerja kotor tersebut untuknya.

Pemainan itu sudah terlalu lama diatur dengan teliti namun perjalanan rancangannya akan berubah dan beradaptasi mengikut situasi semasa.Sama seperti apa yang berlaku kepada Puan Besar Ezerra Istana Templar,ibu kandung kepada Keii.

Walaupun rancangan membunuh isteri pertama Tuan Zhenith itu dirancang sebegitu rapi,namun tidak ada sesiapa yang menduga bahawa Keii boleh terselamat daripada kecelakaan tersebut dan rancangannya terpaksa diubah suai dengan begitu teliti dan halus.

Rancangan pembunuhan dua susuk tubuh paling berharga kepada Tuan Zhenith itu tiba-tiba sahaja berubah dan dia terpaksa menunggu peluang lain untuk meluluhkan semangat hidup ketua Keluarga Artemis itu akibat kehilangan orang yang paling penting kepadanya.

Dengan terselamatnya Keii daripada kemalangan tersebut,rancangannya tertangguh lagi namun mujur sahaja  dengan pantas dia dapat mencari helah lain agar dapat pula menguasai sang tuan muda itu.

Dan begitu juga ada ketikanya rancangan untuk menguasai Kumpulan Templar itu dilencongkan lagi laluannya apabila ketua Keluarga Artemis itu mengambil keputusan untuk berkahwin lagi dan kali ini bukan dengan wanita daripada Bangsa Athos melainkan dengan seorang wanita biasa daripada bangsa manusia.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now