-40-

298 35 5
                                    

Ara bersiul walaupun tidak mengeluarkan bunyi sebaik sahaja melihat Ken dan Ryu beriringan menuruni tangga dan siulan angin Ara benar-benar membuatkan Ken hampir tersandung kaki sendiri manakala Vixx dan  Rein mentertawakan karenah Ara begitu.

Ryu kelihatan kemas sekali dalam pakaian formal yang menyarung tubuhnya awal pagi itu.Dia mengenakan kemeja lengan panjang berkolar dari warna merah bata yang diiringi dengan tali leher kuning cair berjalur hitam dan menindih pakaian tersebut dengan baju panas tanpa lengan dan leher berbentuk V yang berwarna perang tua-jelas membiaskan warna-warna musim luruh.

Sebelah tangannya menjinjit beg dan pada lehernya tergantung tag identiti dengan wajah serta tertera namanya Dr.Aegle.Rambut Ryu disikat kemas memperlihatkan sebahagian daripada dahinya yang berkulit cerah.

Manakala Ken sendiri memang tidak dapat dipisahkan dengan tampang professor yang bagaikan tercetak pada wajahnya .

Berbeza dengan Ryu,dia hanya mengenakan kemeja  berleher tinggi berwarna cokelat gelap yang membalut leher nya dan menindih kemeja tersebut dengan sehelai lagi baju berwarna biru  muda  dengan kolar bulat bercorak garisan menegak warna putih dan mengakhirinya dengan menyarung kot labuh berwarna khaki yang tidak di kancingkan.

Jika Ryu menjinjit begnya,Ken pula sudah menyandang beg kulit berwarna cokelat tua itu pada bahu kanannya.

Rambut hitam Ken disikat menutupi dahi dan hujung rambut hitamnya itu mencecah bingkai kaca matanya.

Seperti Ryu,pada lehernya juga tergantung tag bertali biru dengan nama Dr.Alseid tertera dengan tulisan bertaip komputer yang kemas serta wajahnya berada pada sudut kanan tag nama tersebut.

Manakala seluruh permukaan tag nama tersebut mengerlap dengan lambang jata pusat penyelidikan sains dalam corak yang hanya boleh dilihat jika diletakkan tepat di bawah cahaya yang terang serta satu cip mikro pada sudut kiri.

Ara memang tidak akan bertanya bagaimana Ken dan Ryu melakukannya kerana dia tahu bagaimana cara dua sepupu sebelah ayah dengan galur daripada Bangsa Athos itu bekerja.

Rancangan mereka jelas.Ken dan Ryu akan memasuki pusat penyelidikan sains tersebut dengan menggunakan nama Dr.Aegle dan Dr.Alseid-dua orang penyelidik yang didatangkan khas dari Pangea Timur ke pusat penyelidikan tersebut sedangkan dalam masa yang sama tubuh sebenar kepada pemilik nama itu 'ditidurkan' oleh N dan membiarkan mereka berkelana di alam mimpi mereka sendiri sama seperti apa yang pernah dialami Ara lama dulu.

Bagaimana dua orang doktor tersebut kelihatan seperti satu peluang yang baik untuk mereka mengambil langkah pertama bagi mencari penyelesaian kepada Virus Hybrid tersebut.

Dengan kerjasama daripada Ryo yang menjadi satu-satunya jambatan penghubung mereka kepada sistem kerajaan, dua susuk tubuh tersebut kelihatan terkulai di dalam kereta yang dipandu Ryo pada suatu lewat petang tiga hari lepas.

Ryo memapah seorang manakala Hunter juga memapah seorang lagi pada bahunya.Melihat kedua-dua mereka saling bahu membahu antara satu sama lain,Ara masih tidak tahu bila dan atas perkara apa yang membuatkan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk mengistiharkan gencatan senjata begitu.

Sudah tentu Ara bukan buta kerana dia memang tahu Ryo dan Hunter bagaikan menyimpan satu permusuhan yang membara dalam diam entah disebabkan apa.

" Ingat rancangan awal kita."

Eiiden mencelah dalam nada tegas membuatkan Rein dan Ara memberhentikan niat mereka untuk mengerjai Ken yang sudah naik angin.

" Jika berlaku sesuatu ,jangan cuba untuk jadi hero kerana kita tidak mahu berurusan dengan pasukan keselamatan buat masa ini."

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now