-05-

432 39 9
                                    

Demi melihat kenderaan di bahagian hadapan mulai bergerak perlahan, Ryo mematikan pendingin udara didalam kenderaan yang dipandunya dan menurunkan cermin tingkap.

Nun dihadapan sana, hanya berselang tiga buah kereta jalanraya dua lorong sehala yang menuju ke hospital dimana adik nya bertugas sebagai jururawat itu ditutup pada sebahagiannya menjadikan hanya satu lorong yang boleh dilalui oleh sebuah kenderaan pada satu-satu masa untuk kedua-dua hala.

Dengan kilatan lampu kereta peronda yang memancarkan warna biru muda, kon-kon berwarna merah berjalur putih-biru,papan berkaki dengan tulisan hitam ' BERHENTI.PEMERIKSAAN KESELAMATAN ' serta tiga anggota pasukan keselamatan yang berdiri di gigi jalanraya lengkap mengenakan seragam operasi serta jaket tidak berlengan yang memantul cahaya, Ryo tahu ada sesuatu yang sedang berlaku.

Salah seorang daripada anggota pasukan keselamatan tersebut menggerakkan baton merah yang berkelip  sementara seorang lagi yang memegang lampu suluh kelihatan memeriksa dokumen pemandu yang melalui lorong tersebut manakala baki seorang pula berdiri siaga dengan senjata HK-MP 05 .

"  Selamat malam.."

Sapa anggota pasukan keselamatan tersebut sambil meninjau ke dalam kenderaan yang dipandu Ryo.Dia tidak perlu mengarahkan Ryo untuk memasang lampu di dalam kenderaan itu kerana Ryo sudah terlebih dahulu menghidupkannya dan siap menghulurkan kad identiti.

" Selamat malam, encik.."

Begitu anggota pasukan keselamatan itu menyahut dan sambil tersenyum sekilas, kad identiti Ryo dimasukkan kedalam peranti pengimbas yang tersangkut pada bahu kirinya berhampiran sepucuk pistol  semi-auto yang kejap dalam sarungnya.

Hanya beberapa saat bunyi bip yang panjang, kad identiti tersebut dikeluarkan lagi.Pantas anggota tersebut merapatkan kaki dan memberikan tabik hormat.

" Gemparan apa?" Ryo memasukkan kembali kad identitinya ke dalam dompet.

" Ada seorang pesakit mental yang bahaya berjaya melarikan diri dan mencederakan pengawal keselamatan serta seorang jururawat,Tuan."

Ryo mengangguk seketika dan kembali menaikkan cermin tingkapnya selepas anggota pasukan keselamatan itu memberikan tabik hormat sekali lagi.

Perkarangan hospital mental yang kebiasaannya sunyi itu berubah menjadi bising.Ryo memakirkan kenderaan yang dipandunya sedikit jauh daripada perkarangan hospital yang kelihatan sibuk.

Lampu siren biru putih berkelip-kelip dengan bunyi anjing menyalak kedengaran.Dua buah ambulans dengan pintu yang terbuka serta pita rentang berwarna kuning  pasukan keselamatan melintang tidak tentu arah membentuk perimeter tertentu kawasan tempat kejadian.

Anggota pasukan keselamatan yang berkawal di pintu hadapan terus memberikan tabik hormat sebaik sahaja Ryo memperlihatkan lencana pangkat yang tersemat pada tali pinggangnya dan tersorok di sebalik jaket yang dikenakannya.Menyusuri lorong cerah yang diapit oleh bilik-bilik berkunci itu, Ryo beberapa kali berpapasan dengan anggota pasukan keselamatan ataupun kakitangan hospital yang berjalan pantas dengan wajah tegang dan berjaga-jaga.

Walaubagaimana pun,langkahan kakinya terhenti di hadapan sebuah bilik yang sebelah daripada daun  pintunya tergantung senget pada bingkai  dan direntangi berkali-kali dengan pita kuning pasukan keselamatan jelas tertera tulisan AWAS PERIMETER PASUKAN KESELAMATAN.DILARANG MELINTAS.

Naluri Ryo yang diasah semasa berada didalam akademi dan tatkala dia masih bertugas di Unit 11  nyata sukar dibendung apabila menyangkut hal-hal jenayah begitu membuatkan dia menjenguk seketika ke dalam bilik tersebut.

Bilik terang benderang dengan tingkap kecil tinggi berhampiran siling itu kelihatan kucar-kacir dan jelas terlihat kesan pergelutan telah berlaku.Katil yang terbalik,selimut yang berantakan dan bergumpal di lantai serta bantal yang terpelanting jauh ke sudut bilik.Sebuah dulang yang berisi ubat-ubatan bertaburan di atas lantai.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now