-63-

292 29 31
                                    

Mendengar sahaja nama itu disebutkan Ara hampir serentak tujuh susuk tubuh tersebut menoleh ke belakang dan berundur membentuk benteng manusia yang memagari Ara di sebalik lengan-lengan tegap mereka.

Masing-masing saling merapatkan bahu dan menatap tajam ke hadapan.Wajah lelaki yang sangat dikenali mereka itu sedang terseringai sinis menatap mereka.Aura anehnya dirasakan semakin kuat dan terasa meremangkan tengkuk.

Bukan sahaja pada Ara yang dapat melihat pintasan aneh menyerupai wajah lelaki itu pada raut wajah Darius sebentar tadi malahan kini lelaki yang diketahui mereka sudah berjaya ditewaskan Ara lama dulu di dunia sebelah tegak berdiri hanya sahaja fizikalnya bukan seperti wujud manusia biasa melainkan dalam figura tidak berbentuk dan meliang-liuk seperti asap dengan sepasang kakinya tidak jejak ke tanah.Berambut putih keperakan tetapi menyeruakkan aura kejahatan yang lebih kuat dari dulu.

" Tetua Myn?" Eiiden mengetap gigi sambil merapatkan bahunya ke bahu Aiiden yang juga berundur siaga melindungi Ara di belakang mereka. " Tapi macam mana..."

" Sihir Napahea.." Getus Vixx tiba-tiba dalam nada benci " Kenapalah aku tak terfikir sebelum ini?"

"Maksud Vixx?" Ken pula bersuara dan menegapkan bahunya ke arah bahu N yang  dirasakannya cuba di tolak oleh Ara.

" Satu sihir paling terkutuk dalam Bangsa Nymph.Sangat tabu dan diharamkan dalam bangsa penyihir."

Rein menjawab bagi pihak abangnya sambil memandang wajah lelaki Bangsa Nymph itu seperti tidak percaya.

"Tapi rasanya kita sudah menghapuskan pakaian dan tongkat Tetua Myn serta kesan darahnya mengikut cara yang sepatutnya.."

" Tak semuanya Rein.."

Mata Vixx membulat dan perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan wajah Ara dalam wujud Yang Terpilih dengan rambut putih keperakan melepasi pinggang itu ditatapnya dengan gementar.

" Ara.."

Serentak Vixx dan Rein berpandangan sesama sendiri dan mendadak wajah mereka yang sudah berkulit cerah itu menjadi semakin pucat.

"Vixx.." Suara Mark merendah " Rein..Apa semua ni?"

" Sihir Napahea.Sihir kuno yang hampir pupus dari Bangsa Nymph Suku Helead yang hidup secara nomad dikawasan padang rumput selatan.Menyisakan sedikit cebisan jiwa  tatkala berada di ambang kematian dan menyembunyikannya agar suatu hari nanti ia boleh mencari tubuh lain ."

" Ia hanya boleh dihalang jika sihir tersebut terganggu semasa ia melakukannya dan sisa peninggalan tubuh lamanya seperti pakaian dan bahagian-bahagian tubuhnya dimusnahkan mengikut ritual
khusus."

Tetua Myn yang berada di hadapan mereka menatap sahaja tiap wajah pemuda-pemuda yang pernah menjadi anak didiknya itu dan dengan ironi sekali mereka jugalah yang berjaya menewaskannya di kawasan pergunungan utara perkampungan Nymph dulu.Dia tertawa nyaring dalam suara yang serak dan kering dan sepasang matanya semakin bersinar penuh kejahatan.

Ia bukan lagi berwarna kehijauan seperti warna mata kebiasaan bagi Bangsa Nymph melainkan berubah hitam pekat seperti arang.Nampak benar dia menikmati waktu dan ketika di mana musuh paling dibencinya separuh mati itu kebingungan sendiri.Tidak perlu dia menyerang tergesa-gesa kerana Tetua Myn tahu mereka bukan tandingannya sejak dari dulu lagi.

" Aku patut berterima kasih pada Yang Terpilih.Bukan begitu,Vixx?"

Mata Tetua Myn semakin menggelap  dan tiba-tiba melayang seperti asap yang mengepul ke arah Eiiden dan yang lain-lain membuatkan mereka serentak mengangkat senjata masing-masing.

" Ya." Ujarnya berdekah-dekah." Seperti yang kau fikirkan,Rein.Betul.Memang betul darah aku ada pada luka Yang Terpilih.Puas hati? Dan kerana itulah aku masih ada
sekarang !"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now