-25-

303 32 11
                                    

" Tuan dari mana?"

Kiyo berbisik dalam nada yang rendah sambil dalam masa yang sama cuba untuk membetul-betulkan pakaian yang menyarung tubuh Darius.Kemeja hitamnya dikancing berselisih.Sebelah tangannya menjinjit kasut manakala tangan yang satu lagi membetulkan letak rambut nya yang bersimpang-siur.Tampak benar pakaian itu disarung tergesa-gesa dalam keadaan berlari anak.

" Terlelap didalam perpustakaan." Balas Darius terloncat-loncat menyarung kasutnya dan hampir tumbang ke hadapan " Kenapa?"

" Ada penceroboh di Istana Templar.Ada pekerja di Pintu Utara terserempak dengannya."

" Tuan Muda kenapa berpeluh-peluh? Sakit?"

"Saya lupa hidupkan pendingin hawa.Ingatkan cuma baring sekejap tapi mana tahu terlelap pula."

Darius menjawab sambil berusaha untuk membuatkan rambutnya kelihatan sedikit terurus dengan merapikannya menggunakan jari.Kiyo yang turut berlari anak disebelahnya hanya menggelengkan kepala.

Tepat ketika pintu besar di hujung lorong di tolak dari dalam,Darius sudah lengkap berkasut dan bajunya yang tidak dibutangkan dengan betul sudah kemas dimasukkan ke dalam celah getah seluar yang dipakainya.

Wanita berwajah kaku seperti tidak pernah tahu bagaimana untuk tersenyum itu menatap Darius dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan kening bercantum sementara Kiyo menundukkan kepalanya dan cuba untuk kembali mengatur nafasnya yang turut termengah-mengah sama seperti Darius.

Sepanjang perjalanan mereka daripada perpustakaan tempat di mana Darius terlelap itu,mereka tergesa-gesa berlari anak dan dalam masa yang sama cuba merapikan pakaian pemuda itu.

" Selamat datang, Tuan Muda Darius.Tuan Besar sudah lama menunggu."

Darius menganggukkan kepalanya dan cuba untuk kelihatan tidak termengah-mengah terutama apabila berhadapan dengan ayahnya nanti.

" Maafkan saya kerana terlambat."

Begitu Darius menundukkan sedikit kepalanya dan segera dia menjadi sasaran tatapan tajam setiap pasang mata yang berada di dalam bilik tersebut terutamanya daripada Keii yang jelas-jelas mengerling benci kepadanya.

" Tak apalah." Tuan Zhenith menyahut"Semuanya baik-baik sajakan?"

Keii dan Darius mengangguk hampir serentak.

" Berkenaan perintah berkurung yang diumumkan Datuk Bandar,ayah tahu apa-apa mengenainya?"

Keii tertawa kecil namun cukup untuk telinga Darius menangkapnya membuatkan dia mengetap gigi.Apa dia tersilap perkataan kah sehingga pemuda itu tertawa begitu sekali?

" Ayah mengandaikan ia memang berkaitan dengan penyebaran Virus Hybrid di sekitar metropolitan.Dan itu adalah tujuan mengapa ayah panggil semua orang ke sini."

" Maksud ayah?"

" Seorang daripada pekerja kita terserempak dengan satu susuk tubuh tidak dikenali yang cuba menyelinap masuk melalui Pintu Utara.Ayah tidak tahu apa tujuannya tetapi kita boleh jangkakan ia bukan untuk tujuan bersiar-siar.Iya kan?"

" Dapat ditangkap?"

" Tak." Puan Ertha pula menyahut.
" Pergerakannya terlalu pantas dan dia sempat mengalahkan beberapa orang pengawal keselamatan sebelum menghilangkan diri begitu sahaja"

" Hunter?"

Pandangan Darius dan tiap pasang mata yang berada di dalam bilik tersebut mendadak tertumpu ke arah Keii yang tiba-tiba angkat bicara.

" Bawa pedang.Berpakaian hitam dan tidak dikenali wajahnya .Betulkan?"

" Dari mana Tuan Muda tahu?"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now