-66-

284 31 24
                                    

Dengan mata yang semakin merah kerana terlalu marah,Tetua Myn menyerbu seperti hilang akal ke arah Ara yang masih duduk bersila namun tubuhnya seperti membentur sesuatu yang keras menyebabkan dia semakin berteriak keras dan aura hitam yang mengelilinginya bertambah besar.

Melihat susuk tubuh Vixx dan Rein yang duduk bersila saling bertemu belakang dan serentak menggumamkan satu mantera,Tetua Myn menyedari bahawa kedua adik-beradik itu sedang melindungi Ara dengan perisai sihir kuno Bangsa Nymph.

Angin bertiup semakin kasar dan menerbangkan daun-daun kering sementara kawasan tersebut semakin terang apabila bulan purnama mulai timbul dan bersinar terang di  kaki langit sebelah Timur.

Jika angin sedang bertiup kasar,tanah pula terasa seperti bergegar dan pohon-pohon yang berderet memagari kawasan tersebut meliang-liuk seperti lalang ditiup angin.Berderak-derak akibat berbentur sesama sendiri.

Vixx dan Rein mengerahkan seluruh kekuatan sihir yang dimiliki mereka untuk meneguhkan benteng pelindung yang melindungi Ara dan lima lagi susuk tubuh sahabat mereka yang masih berada dalam belenggu sihir Tetua Myn itu.

Dalam masa yang sama,N tanpa bertangguh menggumamkan mantera sihir Bangsa Myrth yang di ketahuinya untuk 'memanggil' semula jiwa Eiiden,Aiiden,Mark,Ken dan Ryu yang sedang dikuasai sihir Tetua Myn dan seterusnya membawa mereka kembali bagi sama-sama saling membahu untuk menumpaskan Tetua Myn buat selama-lamanya.

N menyedari dia perlu pantas dalam keadaan lelaki itu masih leka serta berlegar-legar marah ,cuba menembusi benteng sihir Vixx dan Rein.

Ini adalah tidak lain tidak bukan kerana sasaran utama Tetua Myn bukan lah salah seorang daripada mereka melainkan Ara !

Walau dengan apa cara sekalipun,Tetua Myn akan menyerap segala sari kekuatan  dan ilmu yang dimiliki Ara melalui pertalian darahnya dengan Tetua Thierasias dan niat tersebut tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi.

Vixx terbatuk tiba-tiba dan dari sudut bibirnya dia mulai merasakan ada cairan hamis yang hangat mengalir perlahan.Bukan sahaja dari sudut bibirnya malahan dari hidungnya juga sudah meleleh darah yang pekat tetapi tidak berganjak sedikitpun malah semakin menegapkan silanya sambil merasakan ada hawa panas yang melingkari mereka bertiga.

Vixx tahu.Jika dia sudah mulai terbatuk-batuk begitu,adiknya Rein apatah lagi.Sungguh tenaga yang diperlukan untuk menegapkan  benteng sihir bukan tenaga yang sedikit dalam keadaan Tetua Myn cuba menggempur benteng perlindungan itu habis-habisan.

Dengan menggunakan segenap kekuatan hitam dari tenaga kejahatan yang berjaya diserapnya,serangan balas Tetua Myn berupa bilah-bilah pedang yang berterbangan cuba memecahkan kubah sihir perlindungan tersebut bukan satu kekuatan yang boleh dipandang enteng.

Sementara itu,Rein yang menyalurkan segenap tenaga dan kekuatannya bagi meneguhkan benteng sihir tersebut mulai merasakan tanah pada tempat di mana dia duduk bersila semakin bergegar bagaikan dilanda gempa bumi.

Hawa yang menyelimuti mereka perlahan-lahan menjadi dingin silih berganti dengan rasa hangat menandakan pertembungan tenaga dan kekuatan sihir diantara mereka dengan Tetua Myn saling bertembung sesama sendiri.

Rein juga tidak mengendahkan lelehan hamis darah pada hidung dan sudut bibirnya.Tetua Myn perlu ditewaskan walau apa sahaja risikonya !

Vixx tercungap-cungap menarik nafasnya namun sudut bibirnya membingkai senyuman apabila kelibat bayangan Eiiden memintas pandangannya dan kelihatan pemuda Alfa Lycan berdarah bangsawan itu berdiri memasang kuda-kuda dengan menggengam kejap hulu pedang di tangannya.

Melompat tinggi dan melibas bilah-bilah pedang yang bermunculan entah dari mana menghentam kubah sihir yang melindungi susuk tubuh Ara berkali-kali.Walaupun wajah Eiiden sedikit pucat dan calar-balar tetap sahaja pemuda itu masih tegak dan menggenggam hulu pedangnya dengan kemas dan bersiap-siaga.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now