-58-

269 35 39
                                    

Skrin lebar terang di permukaan dinding yang disambungkan secara terus daripada skrin komputer menggunakan kabel antara muka multi-media berdefinisi tinggi itu kelihatan berkelip-kelip dengan setiap barisan aksara dan nombor yang ditaipkan oleh Puan Ertha dengan diperhatikan oleh pasukan guaman tiap keluarga besar Bangsa Athos itu mempamerkan draf-draf perjanjian penyerahan kuasa secara sementara kepada Pembantu Eiyo ditatap lama-lama oleh Kiyo dengan perasaan aneh tetapi dia tahu hadnya hanya sampai ke mana apabila berbicara tentang dunia politik Kumpulan Templar.

Waima sebesar kuku sekalipun,dia tidak berhak sama sekali untuk mencampuri urusan Bangsa Athos lebih-lebih lagi dalam urusan Istana Templar.

Jajaran tingkap tinggi yang mengelilingi dewan luas di rusuk kanan Istana Templar itu yang sudah bertukar wajah dengan langsir baldu berwarna keemasan tergantung rapi dan dibiarkan terbuka.

Sedang meja bufet panjang yang ditata dengan hiasan bunga segar tidak pernah kosong daripada cicipan kecil berupa kek,roti,biskut malahan potongan buah-buahan dan keju-ada pula kerusi yang disusun rapi di tepi ruangan.

Tidak kelihatan ruang kosong di atas permukaan meja kerana ia sentiasa diisikan para pembantu manakala pintu utama ke dalam bilik tersebut dikunci dari dalam bagi mengelakkan para tetamu lain yang berada di luar sana memasuki ruang tersebut dan menimbulkan kacau-bilau dengan keputusan mendadak tujuh ketua keluarga Bangsa Athos bagi melantik ketua sementara menggantikan Tuan Zhenith yang masih larut dalam dunianya sendiri.Menatap kosong ke luar jendela dengan leher terlentok ke kanan.

Walaupun terdapat banyak pilihan menu yang boleh dijamah sementara menunggu keputusan muktamad dimeterai ,selera Kiyo lenyap entah ke mana.Jika berpuluh-puluh pasang biji mata yang berada di situ menatap skrin lebar dipermukaan dinding,fikiran Kiyo tertumpu kepada Tuan Zhenith di sebelahnya.

Masih sahaja berada dalam keadaan yang sama seperti tadi,sesekali Kiyo membetulkan letak selimut tebal pada tubuh renta lelaki itu.Betapa.Alangkah terlalu mudahnya mereka berpaling daripada Tuan Zhenith yang selama ini telah mengetuai dan menjaga semua Bangsa Athos tanpa ada sebarang masalah besar yang timbul.Lelaki itu menghadapi musibah yang berturut-turut seperti sudah jatuh ditimpa tangga lagaknya.

Dalam suasana tegang begitu,Kiyo seakan-akan dapat menangkap raut wajah aneh setiap tujuh daripada ketua keluarga yang berkumpul di situ.Setiap kali telefon mereka menerima mesej,hampir serentak pula mereka membuka peti pesanan dan setiap kali itu jugalah wajah mereka berubah dan jelas sekali mereka sedang menyembunyikan sesuatu dan sekali lagi naluri Kiyo benar-benar tidak nyaman dengan hal tersebut.

Dan selepas kira-kira sejam draf perjanjian perlantikan sementara itu dibuat , juga setelah beberapa kali dipinda dengan permintaan para pasukan guaman tiap keluarga besar Bangsa Athos agar klausa perjanjian tersebut tepat serta memenuhi maksud sebenar-belasan set perjanjian tersebut akhirnya dicetak dan Pembantu Eiyo serta Puan Ertha mengedarkan naskah tersebut kepada setiap tetamu penting yang berada di dalam ruangan itu.

Seperti yang dipersetujui dan disepakati bersama,Pembantu Eiyo akan memegang jawatan sementara sebagai wakil bertauliah dan diperakui bagi menggantikan Tuan Zhenith dalam apa sahaja urusan sehingga Tuan Zhenith sembuh seperti sediakala.

Pada akhir perenggan surat perjanjian tersebut,terdapat ruangan khas dimana tujuh tandatangan ketua keluarga serta sekutu Bangsa Athos daripada bangsa manusia akan diletakkan dan sebaik sahaja mereka menandatangani perjanjian tersebut,ia akan sah sehinggalah Tuan Zhenith sembuh dan perjanjian tersebut akan terbatal dengan sendirinya.

Sesi menandatangani perjanjian tersebut berlangsung dengan senyap dan tidak dapat tidak Kiyo merasakan suasana aneh sedang melingkari ruangan tersebut.Aneh apabila Tuan Kreyo mendadak patuh manakala yang lain-lain tidak banyak tingkah dan hanya menandatangani perjanjian tersebut dengan pantas.Satu keadaan yang terlalu normal dan luar biaca lancarnya membuatkan Kiyo mengetapkan giginya senyap-senyap.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now