-35-

335 36 32
                                    

Ryo bingkas lalu berlari seperti kebakaran rumah tanpa memperdulikan kehairanan yang menggayuti Bane juga Lex apabila tiba-tiba sahaja ada suara Ara yang menyerunya tatkala dia semakin buntu apabila memikirkan dia hanya mempunyai masa beberapa jam sahaja untuk menyelamatkan adik nya.

Satu alamat disebutkan dan ia membawa Ryo kepada sebuah vila peranginan di pinggir tasik.Tersergam megah antara deretan pohon-pohon yang mulai menggugurkan daun-daunnya bagaikan menyerahkan diri kepada musim luruh yang mulai hampir dengan hamparan tasik luas dan beberapa buah kabin serta kotej kecil.

Dan di situlah dia.Serba-salah malah hendak mengangkat wajah pun lehernya berat sekali bagaikan digantungkan batu.Betapa tidak.Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut,berpasang-pasang mata mengikuti setiap langkah kakinya menuju ke sofa membuatkan langkahan kakinya berat dan jarak antara pintu dan sofa yang sebenarnya dekat sahaja terasa luar biasa jauh.Sesekali Ryo menelan air liurnya yang mendadak likat dan pahit.

Ruang tamu yang didominasi dengan warna hijau epal itu kelihatan terang dan cerah dengan lampu yang menyala di atas siling.Langsir berwarna kuning pastel berikat kemas dan deretan sofa berwarna putih mengisi pandangan Ryo.Bantal-bantal bersaiz kecil dengan nuansa hijau zamrud yang disusun berselang-seli dengan bantal berwarna hitam dan putih melengkapi perincian kecil di ruangan tersebut.

Ada lampu-lampu sudut,rak kaca dan pasu-pasu daripada kaca yang berisi kristal hijau pelbagai variasi yang diisikan separuh dengan air bagi membolehkan bunga-bunga bakung putih didalam pasu tersebut terus kekal segar didalam suhu segar pendingin hawa.

Menghadapi empat orang panel penemuduga bersendirian semasa temuduga jawatan pegawai kanan pasukan keselamatan dulu tidaklah membuatkan Ryo begitu gementar walaupun empat pasang mata setajam helang para panel penemuduga itu menatapnya tajam sebaik sahaja dia mencelah melalui pintu yang bertutup rapat.

Tetapi di hadapan tujuh pasang mata yang memandangnya dengan tatapan menyelidik itu benar-benar membuatkan Ryo seperti melabuhkan punggung di atas sofa yang dipenuhi paku tekan.Terus duduk dengan senyap dia salah tingkah.Mahu berdiri nanti dianggap pula tidak mempunyai sopan santun.

Hendak beralih dia terasa dipandang seperti pencuri yang tertangkap tetapi pasti aneh jika dia memilin rambut pula seperti anak dara pingitan yang malu-malu.Ataupun jika dia menggigit kuku jari tangannya,kuku-kuku tersebut memang sedia pendek tetapi Ryo tidak tahu hendak mengalihkan tumpuannya kepada apa bagi menghilangkan rasa gementarnya ketika itu.

Tujuh orang pemuda yang memiliki ketinggian hampir sama itu memiliki raut wajah yang bukan biasa-biasa dan Ryo pernah melihatnya dalam pintasan memori Ara tempoh hari tetapi dalam keadaan gugup menguasai diri,dia tidak tahu hendak menyapa siapa terlebih dahulu.

Jika Ara memperkenalkan mereka sebagai artis idola ataupun bintang filem,Ryo tidak akan terkejut kerana nyata sekali tujuh pemuda dihadapannya itu memiliki raut wajah diatas paras biasa.Tinggi lampai,berbahu bidang yang tegap dan berkulit cerah.Karisma mereka juga bukan main-main.

Malah bingkai wajah dan rangka tubuh mereka ditambah tona dan warna rambut unik itu membuatkan tampang pemuda-pemuda tersebut bagaikan baru melangkah keluar dari helaian komik berwarna yang pernah dilihatnya dalam puluhan buah koleksi yang berada dalam simpanan Veei.

Melihat kelibat Ara menuruni tangga dengan dipapah oleh seorang pemuda berambut hitam kemerahan,Ryo pantas berdiri.Wajah Ara yang masih pucat memenuhi pandangannya dan Ryo dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada gadis tersebut.

" Ara.." Ryo menatap gadis tersebut dengan pandangan tidak percaya.Ara kelihatan baik-baik sahaja semasa kali terakhir dia melihatnya tetapi kini wajahnya luar biasa pucat " Ara kenapa?"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now