-57-

291 32 36
                                    

Satu ketukan kedengaran daripada luar menarik perhatian tiga orang lelaki yang berada di dalam bilik tersebut .Seorang wanita pertengahan usia tiga puluhan dan dua orang anak remaja dengan salah seorang daripadanya masih mengenakan pakaian seragam sekolah yang tertera namanya dengan jelas.Isteri dan dua anak Tuan Armeia.

Salah seorang daripada pemuda yang masih berjaga lambat-lambat menghampiri pintu tetapi belum sempat tangannya menyentuh tombol,daun pintu tersebut sudah melayang akibat menerima penendang dari luar mengakibatkan lelaki yang berada di hadapan pintu itu terpelanting ke belakang dan jatuh mendarat pada belakangnya.

Dicelah daun pintu yang tergantung senget,muncul dua susuk tubuh yang tinggi lampai sementara pada tangan salah seorang daripadanya terhunus pedang.Seorang daripadanya berambut hitam abu-abu manakala seorang lagi berambut hitam keunguan yang sedang menyeringai sinis.

Lelaki yang terbaring di atas lantai itu mengangkat kepalanya dan matanya terbeliak melihat rakan-rakannya yang berkawal di luar pintu itu sudah terkapar berlumuran darah dan separuh sedar duduk saling bertemu belakang dengan kaki juga tangan yang berikat dengan tali kasar sehingga mereka tidak dapat bergerak.

Melihat pedang yang disandang ke bahu oleh pemuda berambut hitam keunguan itu,dia terundur ke belakang .Mengengsot lemah tanpa memperdulikan darah yang suam mengalir pada sikunya akibat mendarat kasar ke lantai .

Dengan sendi-sendi menggeletar,dia cuba untuk menjauhi dua susuk tubuh tersebut yang menapak menghampirinya sambil menyungging senyuman sinis.

" Ssiapppaaa..."

" Soalan salah !"

Desis pemuda berambut hitam abu-abu tersebut lalu menujah dagunya dengan penumbuk yang berat membuatkan pandangannya serta-merta gelap.

Baki dua orang lagi yang sepertinya baru sahaja terjaga daripada lelap itu sepantas kilat meraih pistol semi-auto yang tergeletak di atas meja tetapi langsung tidak berkesempatan menyerang balas apabila pemuda berambut hitam abu-abu itu melepaskan satu panahan tepat yang hampir membuatkan tangan yang dijulur ke atas meja itu ditembusi anak panah.

" Tskk...tskk..tskkk.." Pemuda tersebut menggerak-gerakkan jarinya sambil berdecak kesal." Aisyy...sikit saja lagi."

Mark tidak mengendahkan karenah Aiiden yang tampak benar sedang menikmati masanya dengan mempermain-mainkan dua orang lelaki tersebut dengan melepaskan panahan yang disengajakan supaya tidak mengenai mereka walhal Mark tahu panahan Aiiden sangat jarang meleset.

Dengan pantas ikatan tali kasar yang membelenggu kaki dan tangan wanita serta dua anak remaja itu dibuka dan perca yang menutupi mata mereka di tanggalkan.Wajah berantakan dengan sudut bibir yang pecah wanita itu menatapnya dengan tatapan ketakutan dan pada kedua-dua pipinya masih kelihatan bekas air mata yang sudah mengering.

Dan sebaik sahaja ikatan tersebut dibuka,kedua-dua anak itu menerpa ibu mereka dengan tangan yang menggeletar.

" Puan Besar Keluarga Greyback?" Tanya Mark dan wanita tersebut pantas mengangguk.

Aiiden menoleh seketika dan dengan sedikit senyuman dia melambaikan tangannya sebelum menghadap kembali ke arah dua lelaki tersebut yang kaku ketakutan dengan kemunculan dua pemuda misteri yang tidak dikenali mereka.

Berpaling kembali menatap mereka,riak wajah lelaki itu kembali tegang dan sinar nakal pada matanya hilang begitu sahaja.Dengan otot pipi yang mengeras,Aiiden mengepal penumbuk dan tidak teragak-agak sedikitpun menujah wajah pucat dua lelaki di hadapannya itu menyebabkan kedua-duanya tumbang ke belakang.

" Tuan Ryo.."

ujar Aiiden sambil menekan butang pada alat perhubungan yang terpasang pada telinganya dan menyeru nama seseorang di hujung talian sana.Dia memerhatikan sahaja Mark melibas kamera yang terpasang pada tripod yang jelas sekali fungsinya adalah untuk merakam segala pergerakan ketiga-tiga mangsa yang merupakan isteri juga anak kepada Tuan Armeia.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now